17 June 2013



♥  Kalaulah Aku Tahu ~ Dialog Romantis…  ♥

Seperti yg AE janjikan… All d best!

SOALAN 1
Mata mereka saling bertentangan. Lama. Cukup redup dan bening. Jantungnya sudah bertukar irama ketika itu. Ada sesuatu yang bersenandung di dalam. Terpesona dengan renungan itu. Betapa dia rasa terawang-awang kini.

Dia diam lagi. Tertunduk. Tidak mampu menentang pandangan lelaki itu yang tembus ke jantung. Hatinya sikit sahaja lagi mahu cair. Terasa nak tergolek bawah meja dah ni.
“Abang tak tahu kenapa perasaan itu datang. Tapi sampai sekarang masih sama. Masih tidak berubah.”
Lama mereka terdiam...

Bagi yang dah baca KAT, ingat lagi kan bila Im minta Keyra temankan dia untuk makan malam?

Soalannya, ciptakan dialog paling romantis yang mungkin diucapkan Imran ketika mahu melamar Keyra tika itu? Ringkas saja tau. Cukup sekadar satu/dua ayat…

SOALAN 2
Keyra tersenyum manja. Menyandarkan kepalanya di bahu Imran. "Betapa Keyra sudah cukup bahagia dengan kehadiran abang di sisi. Terima kasih bang... terima kasih kerana terus bersabar dan tak pernah mengalah demi cinta kita."

Ada pembaca yg mencadangkan supaya AE buat special entri, kiranya bab tambahan, 88.

Soalannya, apakah plot yang akan berlaku dalam bab tersebut? Dua/tiga ayat dah cukup.

AE akan letakkan nama pemenang yang dipilih sebagai co-author di dalam entri tu nanti

HADIAH YANG MENANTI
Tempat 1: Cik Boo dan satu novel AE
Tempat 2: Cik Boo (mini) dan satu novel AE
Tempat 3: Couple mugs, couple keychains dan satu novel AE (Tiga orang pemenang akan dipilih)

SYARAT2 DIALOG ROMANTIS
1. Terbuka kepada semua pembaca “Kalaulah Aku Tahu”
2. Jawapan hendaklah dihantar ke inbox FB Ayu Emelda (https://www.facebook.com/ayu.emelda.98) ataupun FB Page Ayu Emelda (Alaf 21) (https://www.facebook.com/AyuEmelda)
3. Tarikh tutup penyertaan ~ 24 Jun 2013 (Isnin), jam 12:00 tengahari
4. Keputusan akan diumumkan pada 1 Julai 2013 dan ianya adalah muktamad
5. Dialog dan plot yg dipilih sbg pemenang akan dipaparkan di FB Ayu Emelda, FB Page Ayu Emelda (Alaf 21) dan blog Ayu Emelda

Salam Sayang...
♥ AE ♥

16 June 2013

Tengok Cik Teddy, comei tak? :D


Tengok Cik Teddy, comei tak?

Sesiapa yg dah baca KAT mesti kenal kan siapa gerangan cik teddy bear comei nun d belakang tu. dia sdg mencari pemiliknya, siapalah yg sudi agaknya ya?

Tunggu hari isnin nanti k. Ada soalan cepumas yg menanti . moga2 cik teddy bahagia dgn pemilik barunya...

Salam Sayang...
♥ Ayu Emelda ♥

15 June 2013

Saya sayang awak...

Tetiba shj petang2 gini, AE teringatkan Qisya :)

♥ Benci! Benci! Benci! ~ Bab 57 ♥

MENGGELETAR tangan Qisya saat terpandang kiriman e-mel daripada Akim. Bukannya satu, tapi tiga. Sudah hampir seminggu dia tidak menggunakan internet. Hati sedang di persimpangan. Sama ada mahu buka atau tidak. Baca atau dibiarkan saja.

From: AkimHalim@gmail.com

Message: Saya sayang awak

“Tak ada salahnya. Setakat baca.” Suara hatinya mengizinkan.

Perlahan-lahan dia membuka e-mel itu. Satu per satu perkata dibaca dengan hati terusik.

David beritahu awak datang ke Washington. Tapi malunya saya apabila tahu awak menyaksikan sesuatu yang tak sepatutnya terjadi.

I’m really sorry for what had happened. Segalanya bukan kehendak hati. Itulah yang pertama kali. Percayalah, Qisya. Saya bersalah dan berdosa. Pada DIA dan pada awak. Kalau kisah lalu boleh diubah semula, tentu saya akan pastikan perkara itu tak berlaku. And I can only leave it all behind. Because I can’t go back no matter how.

Qisya membaca e-mel yang kedua setelah menarik nafas dalam-dalam.

From: AkimHalim@gmail.com

Message: I’m so sorry

I’m so sorry… hanya itu yang mampu saya ucapkan. Memang salah saya. Saya bodoh. It’s hard to accept, but I can’t change the past.

Sesungguhnya, apa yang berlaku bukannya sengaja. Semuanya terjadi dengan tiba-tiba bila saya mahu buang rasa sakit dan pedih di hati. Sakitnya bila insan yang dicintai kepunyaan orang lain.

Cinta kita yang berakhir secara tiba-tiba membuatkan saya hilang arah. I’ve lost faith in everything that I believe. Tapi percayalah, saya tak akan lakukan perkara terkutuk itu lagi. Apa yang berlaku adalah satu kesilapan.

Given a chance, people can change. Saya juga. Jadi saya merayu, berilah saya peluang untuk buktikan.

Kali ini Qisya lebih pantas membuka e-mel seterusnya.

From : AkimHalim@gmail.com

Message : Give me a chance

Kalau dalam hati awak pernah menyayangi saya… berilah saya kesempatan untuk betulkan kesilapan. Saya hanya manusia lemah yang tergelincir. Tapi janji, saya akan kembali.

Saya tercari-cari tempat untuk berpaut. Mahu melupakan awak. Tetapi sukar sekali. Rasa kecewa dan patah hati mendesak saya mengambil jalan mudah. Membuat tindakan bodoh. Membelakangkan agama dan pegangan kita. Akhirnya, memakan diri sendiri.

Kesal dan berdosa. Perasaan itu sedang menghukum saya. Tapi mujurlah saya sedar sebelum terlambat. Betapa ALLAH masih mengasihi saya sebagai hamba-NYA yang lemah.

Maafkan saya. Cuma satu saya pinta, biarlah hubungan kita terus terjalin walaupun hanya sebagai kawan. Hanya satu permintaan saya. Bolehkah kita berjumpa untuk menjernihkan keadaan? Biar saya jelaskan dengan lebih terperinci apa yang berlaku.

Tanpa sedar, air mata Qisya menitis. Lengan baju dikait, mengelap pipi yang lencun dengan mutiara-mutiara jernih. Tidak tahu kenapa ada rasa belas yang hadir. Dia jatuh simpati apabila membaca luahan perasaan Akim.

Mungkin dia juga bersalah atas apa yang terjadi. Namun, apabila kisah yang dibongkarkan Zarif melintas di kepala, dia menggigit bibir. Rasa kecewa bersarang. Tapi benarkah?

Selama ini dia mendengar daripada pihak Zarif. Mungkin ada baiknya memberi kesempatan kepada Akim juga untuk menjelaskan segalanya. Tentu lebih adil dengan cara itu.

Butang reply ditekan.

Assalamualaikum…

Harap awak sihat. Jiwa dan perasaan. Begitu juga dengan saya di sini. Fizikal saya sihat. Tapi jiwa… masih belajar menerima apa yang telah berlaku dengan waras. Belajar untuk melupakan… dan memaafkan.

Jika kemaafan dapat membuatkan awak sedar dan insaf, anggaplah saya telah memaafkan. Tetapi untuk merancang pertemuan, rasanya tidak perlu. Cukup sampai di sini saja.

Memikul gelaran isteri bererti saya perlu menghormati seorang lelaki bergelar suami. Zarif suami saya kini. Hubungan kami suci. Terikat dengan satu perjanjian dengan pengertian yang mendalam.

Terimalah, Akim. Antara kita hanya ada noktah. Jangan dipanjangkaan lagi cerita lama. Saya redha menerima ketentuan takdir. Jodoh, ajal dan maut yang tersurat bukan kita yang tentukan.

Kini, saya sayangkan dia. Sepenuh hati. Sudah tiada ruang kosong untuk sesiapa lagi. Bagi saya, dia lelaki yang cukup sempurna. Yang mampu membimbing saya ke ‘sana’ kelak, insya-ALLAH.

Doa saya, semoga ada wanita yang akan mengetuk pintu hati dan membahagiakan awak suatu hari nanti. Berjuanglah demi sebuah kebahagiaan dengan insan yang layak untuk awak.

“Baca e-mel Akim?”

Suara serak Zarif membuatkan Qisya terkejut. Tubuhnya keras, tidak tahu bagaimana mahu menjawab.

Wajah tegang dan mendung Zarif membuatkan dia dihimpit rasa bersalah. Dia tahu nama lelaki itu pasti membuatkan Zarif kecewa.

“Betul kan?” Zarif bagaikan mendesak.

“Saya cuma baca e-mel yang dia hantar. Maafkan saya sebab tak beritahu dulu,” ujar Qisya lambat-lambat dan perlahan.

“Beritahu saya?”

“Maksud saya…”

“Buatlah apa yang awak rasakan baik untuk diri awak. Tak perlu minta izin saya. Saya bukan sesiapa…” Kata-kata itu terhenti begitu sahaja. Zarif masuk ke bilik bacaan, mengunci pintu dari dalam.

SAKIT! Tapi tangan Qisya terus mengetuk daun pintu.

“Apa?” Terdengar suara keras dari sebelah sana.

“Boleh saya masuk?”

Beberapa ketika berlalu, Zarif masih memencil diri. Qisya mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat.

“Jangan ganggu saya boleh tak? Saya sibuk!”

Qisya menggigit bibir. Apabila pintu masih tertutup, dia tidak mahu kalah. Tidak akan berputus asa. Apa nak jadi… jadilah.

Apabila tubuh Zarif terjengul, Qisya mengetuk-ngetuk dada suaminya.

“Opss… sorry.”Dia menekup mulut.

“Nak apa?”

“Awak…”

“What?”

“Awak… saya nak awak…” Melentik jari Qisya di atas dada Zarif dengan mata terkebil-kebil.

“Are you out of your mind?” soal Zarif terpinga-pinga.

Qisya senyum meleret. Dia melangkah masuk, tertinjau-tinjau ke segenap sudut bilik seperti sedang membuat pemantauan.

“Awak buat apa tadi?” soalnya dengan suara lunak sambil duduk di kerusi empuk Zarif.

Zarif mencekak pinggang, memandang isterinya dengan pandangan tajam. Keliru pun ada.

Lebih manis senyuman Qisya.

“Awak nak apa sebenarnya? Cuba cakap terus terang. Jangan ganggu… sebab saya banyak kerja!”

“Hmm…” Qisya memintal-mintal rambutnya dengan jari.

“Jangan main-main boleh tak?”

“Saya nak perhatian… kasih sayang dan cinta dari awak.”

“Nonsense! Jangan merepek.”

“Betullah…” Manja suara Qisya.

“Sudahlah… keluar. Saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan! Buang masa layan kerenah awak.”

“Halau nampak…” Suara Qisya meleret, mendayu-dayu. Bibir dimuncung ke depan.

“You make my world upside down. Tolong keluar. Saya perlu siapkan assignment.”

“Okey…” Qisya bangun. Dihadiahkan kucupan lembut di pipi suaminya. Sempat lagi dia mengenyit mata sambil berlenggang keluar.

Zarif terpinga. Terpana!

02 June 2013

Review Kalaulah Aku Tahu...

Thanx for d review, sis Niyaz Arumi... ringkas tapi padat, & sweet too :)
... Seperti biasa lah,tajuk entri tu adalah tajuk sebuah novel... novel kak AYU EMELDA... which is novel beliau sebelum ni adalah Lagu Rindu,Cinta Kepala Batu,Benci Benci Benci, dan adalah beberapa lagi yang aku kurang pasti tajuknya... takut nanti tersalah tulis...

Oryte. KALAULAH AKU TAHU ialah novel terbaru kak Ayu... aku beli hari Khamis hari tu dekat Shah Alam Convention Centre... kenapa di sana? Kerana di sana sedang ada Pesta Buku Selangor... silah pergi ye korang...last day hari Isnin ni... (:

Semalam aku dah habis menelaah novel ni... aduiduiiii...bijak sungguh kak Ayu memanipulasikan watak dan perasaan aku masa baca cerita tu... Oke sebelum ini sudah semestinya kita di sogokkan dengan hero atau heroin yang sangat sangat baik...

Tapi dalam cerita ni,gila aku geram dengan heroinnya... pada aku sememangnya watak Keyra ni adalah seorang yang sangat pentingkan diri... emo gila masa aku baca cerita ni semalam...geram dengan Keyra,sakit hati dengan Hardy, dan lah kesian dengan Imran...dududu...

Pada aku Keyra ni walaupun umur dah banyak,tapi jelas pemikirannya belum matang... sungguhlah ALLAH itu maha Mengetahui, dalam cerita ni aku kira jelas membuktikan sungguhlah amat adil apabila Allah memberikan kuasa talak itu pada kaum Adam... sebab memang kaum Hawa suka membuat keputusan terburu-buru dan seringkali bertindak mengikut emosi di susuli dengan kata hati...kerana kaum hawa terlalu percaya dengan kata hati mereka...tapi terkadang bukan semua kata hati itu benar dan tepat...

Kalau aku jadi mak bapak Keyra,mesti aku dah marah gila dengan anak aku ni... ye betullah bukan Keyra yang mintak untuk hilang ingatan,tapi patutnya Keyra kena fikir mana baik mana buruk... tahu hati mencintai,tapi aku tak suka bila dia dah pegang status isteri dan masih mengejar bekas suaminya...siap boleh berdating! Apeni,kesian kut kat Imran...

Eh emo sangat aku ni...oke kalau korang nak tau,sinopsis cerita ni adalah begini, Keyra ni baru lepas accident,koma dalam setahun lebih...bila dah sedar,dia hilang ingatan...maknanya ingatan dia setakat 6 tahun sebelumnya...dia tak ingat yang dia pernah kahwin dengan Hardy,semua tentang suami dia,dia lupa habis...satu pun tak tinggal kenangan tu...

Then,dalam masa yang sama, Imran,kawan kepada along Keyra rajin datang jenguk Keyra,ambil berat pasal Keyra,tolong Keyra macam2 la...memang kiranya Keyra ni dah tak mampu nak cintakan semula Hardy...

Akhirnya mak saudara yang membela si Hardy ni dari kecik,mintak supaya Keyra lepaskan Hardy...kiranya yakinkan Keyra suruh bercerai dengan Hardy la..memula Hardy memang tak setuju,at last kata putus Hardy dengan Keyra ialah diorang akan ambil sedikit waktu untuk beri peluang pada Keyra jatuh cinta sekali lagi pada Hardy...ohhh tapi tak berjaya...diorang pun berpisah jugakkk...

Masa dah baca part diorang bercerai gak akhirnya tu,aku da rasa something la...buat andaian sendiri...mungkin diorang akan rujuk semula...

Aku baca,sambung baca lagi...

Imran yang sememangnya dari dulu sukakan Keyra buat keputusan melamar...huaaaaa...spekulasi aku dah ke laut da...sebab aku rasa memang Imran tu baik gila...tapi tak sangka pulak yang dia akan melamar Keyra...satu family Keyra setuju...setuju habis! Sebab masing-masing memang berkenan dengan Imran...dan kalau korang nak tau,masa Keyra nak kahwin dengan Hardy dulu,ayah Keyra kurang setuju...tapi dah anak suka...di turutkan saja kehendak anak itu...

Dan Keyra setuju nak menikah dengan Imran...yang paling sedih masa lepas nikah dengan Imran,Keyra pengsan...bila dah sedar, eh eh Keyra dah ingat siapa Hardy dalam hidup dia...Keyra ni tersangat2lah cintakan Hardy...

Ohhh kecewa Imran tak terkata...keluarga apatah lagi...kesian Imran...Keyra pulak boleh carik balik bekas laki dia,kata dia dah ingat semula... Aku rasa nak nangis je bagi pihak Imran...sedih tau...Dia sayang,tapi isteri yang baru dikahwini pulak masih cintakan bekas suami...eh tapi Keyra ni agak tamak gak la,sebab dalam masa yang sama,dia cintakan Imran jugak...hagak2 la Keyra woiii...aku 'baraahhh' niii...

Tapikan lepas dah tahu yang Keyra ni cari Hardy balik,alongnya kemain marah lagi,siap merajuk lagi dengan Keyra...yelah Imran dah la kawan baik dia,adik buat gitu...tragis sungguh!

Lama-lama baca aku makin sakit jiwa,tambah berat bila tahu Hardy dah kahwin dengan sepupu dia,Natrah...tapi si Hardy ni bijak,katanya terpaksa kahwin dengan Natrah,dan tak pernah sentuh Natrah langsung! Kbaiii,lelaki tak sentuh langsung isteri walaupun dah kahwin...baik gilerrr Hardy!

Keyra memula dapat tahu Hardy dah kahwin,dia marah...tapi terpujuk balik...pergi balik kat Hardy...kesian Imran...isterinya macam main tarik tali pulak...kalau aku kawan si Keyra ni,memang aku dah ketuk kepala dia...geram!

Ahem,tapi tak lama pun Hardy ni baik dengan Keyra,sebab Keyra dah start rasa bersalah yang amat dengan Imran,kena pulak dengan Memey,kawan baik dia,yang terang2 tak puas hati dengan Keyra...

Tak lama pastu,si Natrah pulak serang Keyra,cakap jangan ganggu suami dia lagi dah...lepas tu rahsia demi rahsia terkeluar...begini dan begitu...tak sangka...Keyra tergamam bila Natrah kata dia tengah pregnant! Yeayyy Hardy,kau baik sangat sebab tak sentuh Natrah...uhhh toksah menipu boleh tak Hardy! Aku barahhh ni... Haha emo lebeyyyy!

Oke pendek kata,jalan cerita novel ni best...rahsia apekah itu? Mohon korang support lah novel kak Ayu ni...beli eh... Rahsia tu pun memang buat aku geram...rasa nak tumbuk je Hardy dengan Natrah tu sampai masuk Hospital Sg.Buloh...hihihi...

24 May 2013

Kalaulah Aku Tahu kini di pasaran ;)


Alhamdulillah, ♥ Kalaulah Aku Tahu ♥ sudah berada di depan mata. Skrg AE sedang gigih memulakan proses bungkus membungkus. Kepada yg telah membuat tempahan KAT , tungguuuuu ya... :D

Kemunculan pertama 'Kalaulah Aku Tahu' ~ Pesta Buku Selangor 2013 di SACC, Shah Alam, Selangor. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Pesta Buku Selangor, jangan lupa singgah di kedai buku yg berdekatan, okay ;)

Salam Sayang…
♥ Ayu Emelda ♥

Blog Kalaulah Aku Tahu...


Jemput singgah ke laman mini Kalaulah Aku Tahu
http://kalaulahakutahu.wordpress.com/

Salam Sayang...
♥ Ayu Emelda ♥

Jom ke Pesta Buku Selangor 2013


Insya Allah, AE akan berada di sana pada hari Sabtu, 25/5 dari jam 11:00 pagi - 3:00 petang. Mai tau, jangan tak mai :D

23 May 2013

Promosi Istimewa!


Sempena dengan kelahiran novel AE yang terbaru bersama Alaf 21, Kalaulah Aku Tahu, ada promosi istimewa untuk pembaca yg berminat nak dapatkan novel2 AE:

  • Setiap pembelian akan disertakan dengan Penanda buku yang kiut miut ;)
  • Bagi pembelian 2 naskah dan ke atas utk mana2 karya AE akan dihadiahkan 'Goodie bag'
  • Kos penghantaran untuk 2 buah novel dan ke atas adalah PERCUMA!

Salam Sayang…
♥ Ayu Emelda ♥