c. myNovel

Terbaru!
Kalaulah Aku Tahu (Jun 2013)


 Harga: RM 21.00/24.00
ISBN: 978-983-124-873-7
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Dipaksa menerima Hardy sebagai suami membuatkan jiwa Keyra Adeela cukup tertekan dan terdera.
"Adik tak mahu jadi isteri dia!" "Dah terlambat untuk menolak... sebab adik memang dah kahwin pun..."

Kecoh jadinya bila dunia Keyra Adeela berputar enam tahun ke belakang.
Fikirannya diasak dengan seribu satu persoalan.
"Awak suami saya? Betul? Kenapa saya tak ingat?"

Dan dia kian bercelaru...
"Boleh tak saya cuba jadi isteri awak selama tiga bulan saja?"
"Mana cukup... apa kata enam bulan!"
"Tak aci..."
"Aci, tak aci, tak kira!"

Keyra dan Hardy seperti tawar-menawar di pasar malam tentang ikatan pernikahan mereka.
Rumah tangga mereka tunggang terbalik sejak Keyra terlupa tentang segala-galanya.

Kalaulah cinta yang pergi boleh datang balik...
Kalaulah cinta yang hilang boleh muncul tiba-tiba...
Aduhai...

Dapatkan 'Kalaulah Aku Tahu'

Review 'Kalaulah Aku Tahu' drpd Niyaz Arumi

Benci! Benci! Benci! (Jun 2012)


 Harga: RM 18.00/21.00
ISBN: 978-983-124-759-2
Halaman: ~464
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara.

Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela.

Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa.

Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci.

Mahar Setulus Hati (2011)



Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-740-2
Halaman: ~ 528
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 2 Disember 2011
Kategori: Novel Nur

Sinopsis

Antara Emir Nazreen dan Chempaka Harlina bezanya bagai langit dengan bumi. Tetapi bila jodoh sudah tertulis, tiada apa yang mampu menghalangnya. Bagi Emir, alangkah bahagianya jika dapat memiliki isteri sehebat Saidatina Khadijah atau sebijak Saidatina Siti Aisyah.

Bagi Harlina pula, hidup hanya sekali. Kehidupannya mesti dipenuhi keseronokan dan hiburan. Perkahwinan merupakan penghalang untuk dia mengecapi syurga dunia yang tiada penghujung itu. Lalu, pelbagai helah dicari untuk menggagalkan niat murni Emir. Tetapi, kesabaran lelaki itu memusnahkan usahanya.

Entah kenapa, sebaik tangan digoncang tok kadi, bahu Emir terasa berat mahu menggalas tanggungjawab. Menikahi Harlina bukannya seperti jinak-jinak si burung merpati, tetapi bagaikan jinak-jinak si kucing Parsi... makan di tangan. Bila ditangkap, dicakar.

"Ya ALLAH… andai aku dijadikan daripada tulang rusuk kirinya... ENGKAU panjangkanlah jodoh kami hingga ke Firdausi...”

Mampukah Emir bertahan dalam pelayaran yang penuh cabaran itu sedangkan kehidupan Harlina sudah jauh tersasar daripada landasan Islam? Adakah kesabaran Emir menjadi titik perubahan dalam hidup Harlina?

Hanya DIA yang tahu.

Selamba (2011)


Harga: RM 14.00
ISBN: 978-967-0184-91-3
Halaman: ~ 240
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 September 2011
Kategori: Novel Remaja

Sinopsis
Tiga orang gadis berlainan prinsip dan tingkah laku disatukan dalam satu misi. Apabila menerima amanat Puan Pengetua, Khay, Juju dan Lolly bimbang. Tetapi mereka tidak punya pilihan, Misi BRAVO perlu diteruskan.

Mereka bergerak dalam rahsia. Efwan, jejaka tampan idaman jelitawan menjadi teraju. Mereka sering berbincang dan bertukar pendapat. Akhirnya, dugaan dan cabaran melaksanakan tugas membuatkan mereka mula menjalinkan hubungan persahabatan.

Tapi sayang, empat dara vouge a.k.a GORGEOUS iri hati. Namun mereka tidak berasa gentar. Perjalanan misi BRAVO cukup mendebarkan. Ada pahit manis serta aksi-aksi hangat dan hangit. Persoalannya, mampukah mereka melaksanakan tugas ini?


Sayangku Merajuk (2011)


Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-648-1
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 550 gram
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Kategori: Novel

Sinopsis
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?


Cinta Kepala Batu (2009)


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-473-9
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 24 Dis 2009
Kategori: Novel

Sinopsis
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...


Kasih Dania (2007)


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-298-8
Halaman: ~508
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 12 Jun 2007
Kategori: Novel

Sinopsis
Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.

Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.

Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA

Lagu Rindu (2006)


Harga: RM 17.00
ISBN: 983-124-232-7
Halaman: ~448
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 16 Mei 2006
Kategori: Novel

Sinopsis 
Mulut cakap tak mahu... tak redha dan tak sanggup! Tapi Adalea dan Aqmal disatukan jua. Perkahwinan mereka hanya pada nama. Sedangkan hakikatnya, Adalea pandang kiri dan Aqmal toleh kanan...

Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap.

"Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya." ~ Alea