27 April 2011

Kenapa Sayangku Merajuk?


Sayangku Merajuk?
~ sebab tajuk tu catchy, senang nak ingat dan mmg menepati jln cerita...

Sayangku Merajuk?
~ sebab citenya berkisar tentang perasaan seorg isteri yg sdg merajuk...

~ kadang-kala x diluahkan dgn kata2, tapi dgn perlakuan...
  • bila muncung asyik panjang ke depan...
  • bila jelingannya cukup tajam menikam...
  • bila si dia lebih suka guna bhs isyarat ketika berkomunikasi...
  • bila suaranya cukup mahal, sudah jadi spt org bisu... (pasti wanita2 di luar sana lebih arif)

Sayangku Merajuk?
~ kena baca dan dptkan sendiri jawapannya... (^___^)

Salam sayang buat semua,
AE, Shah Alam

22 April 2011

19 April 2011

APABILA pertemuan semula terjadi tanpa diduga...



BAB 2

PERLAHAN-LAHAN kelopak matanya dibuka. Sayang seribu kali sayang, semua itu bukan satu mimpi. Betapa dia sedang berdepan dengan sebuah realiti. Wajah itu tetap sama. Dia kelu! Kaku dan kayu! Entah kenapa saat ini tubuhnya rasa tidak berdaya. Lemah seluruh anggota.

Mana sumpah seranah? Kalau tadi sudah terbayang tamparan wanitanya hinggap di pipi Shahir, tapi kini kenapa dia rasa tidak mampu berbuat begitu? Tangannya bagai lumpuh hanya kerana renungan mata sepet itu.

Lelaki itu tersenyum. Manis, kacak, tampan dan menggoda. Memang lima tahun dulu ciri-ciri itu adalah antara penyebab kenapa dia jatuh cinta dengan Shahir sepenuh hati! Separuh mati! Gila bayang setiap hari sampai sanggup dijadikan isterinya walaupun baru enam bulan usia perkenalan mereka.

Matanya yang bersinar galak begitu menawan. Wajahnya sedikit berisi, tapi lebih kemas dengan janggut nipis yang terjaga rapi. Walaupun Brad Pitt pernah menjadi igauannya ketika remaja dulu, tetapi lelaki di depannya kini lebih menambat hati.

Aduh, Reen... jangan kalah kerana rupa. Jangan terliur kerana luarannya sahaja. Jangan lupa kekejaman yang pernah lelaki itu lakukan dulu. Kau dah banyak merana! Dan jangan lupa setiap titis air mata darah diperah daripada kau. Suara hatinya seakan bergema-gema mengingatkan.

“Aireen... dah lama kita tak jumpa,” sapa Shahir lembut dengan wajah ceria yang bukan dibuat-buat.

Aireen berkerut dahi. “Yes... do I know you?” soalnya penuh kepura-puraan. Kalau dengan hanya lakonan dia dapat melepaskan diri, tidak salah jika mencuba. Untung-untung lakonannya menjadi. Boleh menang anugerah tahun depan.

“Ya... kita cukup kenal. Malah, saling mencintai. Abang takkan terpedaya dengan cara begitu. Sorry... it doesn’t work.”

Aireen menggigit bibir bawah. Aduh! Nampaknya, dia bukan primadona yang mampu menyembunyikan identiti dengan bakat lakonan. Dia hilang kata. Suaranya rasa tersekat di kerongkong. Malah, kolam matanya sudah mula panas. Marah atau menangis? Kedua-duanya saling bertindan.

Sunyi. Sepi. Lama mereka diam membisu. Saling memandang antara satu sama lain. Mata bertentang mata. Lidah kelu untuk berbicara. Dan renungannya... bukan setakat mencairkan hati, tapi boleh membakar diri. Rentung nanti! Suara hatinya mengingatkan.

Jangan pandang Aireen... jangan pandang! Lebih baik jangan berani bermain mata kalau tak mampu menepis!

“Abang... abang...” Shahir ingin meluahkan sesuatu. Betapa pertemuan yang tidak diduga ini amat menggembirakan. Namun, mulutnya berasa berat.

Dia mencapai tangan Aireen. Mahu melampiaskan rasa rindu yang ditanggung bertahun lama. Mahu diluahkan semahunya.

“Sudah lima tahun kita tak jumpa... kenapa Aireen sanggup pergi tinggalkan abang?”

Mata Aireen membuntang. “What?” Dia ketap bibir. Merenung geram.

Siapa yang tinggalkan siapa? Sejak bila pulak dia yang tinggalkan Shahir? Bukankah dia yang sebenarnya ditinggalkan. Dan panggilan abang... Huh, memang tak sesuai! Rasa menyampah... nak muntah... uweekkk!

Relaku Pujuk ...

15 April 2011

Jadual Penulis Alaf 21 di PWTC

Insya Allah, Ayu akan berada di sana pada:
  • 24 April 2011 (Ahad)    -  10:00 pg hingga 4:00 ptg
  • 30 April 2011 (Sabtu)  -  10:00 pg hingga 1:00 ptg
  • 1 Mei 2011 (Ahad)        -  4:00 ptg hingga 7:00 ptg
Jumpa di sana, k?

14 April 2011

Obses Pada Buku?


Cetak kupon diskaun ini dan bawa bersama apabila membeli buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.
  • Kupon diskaun ini hanya sah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung dari 22 April - 1 Mei 2011 di Dewan Tun Dr. Ismail.
  • Hanya sah bagi buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf sahaja.
  • Kupon diskaun ini hanya sah dengan satu (1) resit pembelian sahaja.
  • Sila serahkan kupon ini kepada juruwang di kaunter bayaran.
Sumber: Laman web Alaf 21

12 April 2011

Sayangku Merajuk @ Beli Online


Harga Novel
Semenanjung Malaysia
RM21.00

Sabah & Sarawak
RM24.00

Kos Penghantaran
Semenanjung Malaysia
1 buah buku RM5.00 (Pos Laju/Pos Ekspres)
2 buah buku RM8.00 (Pos Laju/Pos Ekspres)

Sabah & Sarawak
1 buah buku RM5.00 (Pos Laju/Pos Ekspres)
2 buah buku RM8.00 (Pos Laju/Pos Ekspres)

CARA MEMBUAT PESANAN

Langkah Pertama
 Buat pembayaran (sama ada melalui internet atau di ATM) ke akaun dibawah:

MAYBANK
1645 6605 4995
MASTURA YUSOFF

Langkah Kedua
Emailkan kepada saya maklumat berikut:
Nama Penuh
Alamat Lengkap
Tarikh Pembayaran dilakukan

Alamat email: ayuemelda@gmail.com

Langkah Ketiga 
Apabila amaun tersebut telah dikreditkan ke akaun saya, saya akan menghantar satu email pengesahan bagi memaklumkan bayaran telah diterima

Langkah Keempat
Novel yang dipesan akan dihantar keesokan harinya dan sekali lagi saya akan menghantar email pengesahan bagi memaklumkan no label barkod Pos Ekspress (bagi tujuan semakan)


~ Untuk sebarang pertanyaan boleh emel ke ayuemelda@gmail.com ~
TERIMA KASIH dan Salam Sayang buat semua!

Ayu Emelda
12 April 2011, Shah Alam

Posto! Posto!


Naskah pertama Sayangku Merajuk @ Beli Online via Pos Ekspress sedang dalam perjalanan menuju ke utara Semenanjung...

Buat pembaca yang telah membuat tempahan dan bayaran hari ini, Insya Allah SM akan dipos pagi2 esok ;)

11 April 2011

Sayangku Merajuk di Laman Web Alaf 21

Ayu Emelda

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-648-1
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 550 gram
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Kategori: Novel

Sinopsis
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

Sumber: http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=701