15 April 2010

Secebis Manuskrip...

SELAMBA ~ Bab Satu
JUJU gelisah. Dia ketap bibir sambil bermain-main dengan jari-jemarinya. Sesekali anak matanya mendarat ke wajah Puan Zakiah.
Huhhh... gerun! Sudah terbayang laung dan pekik yang akan merembat telinganya nanti.
Sesekali bola matanya merayap ke gambar-gambar kenangan kabanggaan sekolah. Dipaku kemas dan tergantung cantik di dinding. Kalau ada gegaran pun confirm tak jatuh. Dia cuba mengalih tumpuan untuk melunakkan rasa hati.

Peluh dingin kian membasahi pelipis Juju. Dalam dadanya sudah berlagu ganas. Campur rock dengan hip hop. Berdentam-dentum bergema!
Kenapa agaknya dia perlu berdepan pengetua sekolahnya pagi ini?
‘Aku dah kantoi ke?’ soalnya sendiri sambil menelan liur. Pahit! Payau! Masin! Kelat! Semua rencah ada.
Khay yang berdiri di sebelah Juju sempat menoleh pada gadis itu. Ada keluhan berat yang menderu dari bibir Khay. Seram sejuk badannya. Terasa macam nak demam seminggu.

Seingatnya dia tidak mengundang sebarang kesalahan hingga terpaksa berdiri di bilik pengetua dengan Juju yang cukup glamour kerana suka melanggar disiplin sekolah. Apalagi kalau acara panjat pagar. Juju memang pemegang rekod antarabangsa dalam disiplin itu.

Pandangannya melirik pula pada Lolly di sebelah kiri.
‘Tapi kenapa pulak budak pandai macam Lolly yang selalu menjadi harapan sekolah pun ada sama? Takkan dia ada buat salah?Pelik!’ Hatinya terus berteka-teki.
Semakin otaknya ligat berfikir... semakin bercelaru. Tubuhnya terasa serba tidak kena. Perut memulas. Loya. Rasa nak terkucil pun ada. Lututnya sudah menggigil walaupun lima minit tadi tegap saja berdiri.

Sesekali anak mata Khay mencuri pandang ke wajah pengetua di depan. Walaupun bertahi lalat manis di bawah bibir, namun hujung matanya yang tajam memang meruntuhkan keberanian. Hmm... seram, hatinya berbisik gusar.

Lolly yang sejak tadi tertunduk merenung kaki semakin diamuk badai. Dia menelan liur yang terasa perit. ‘Agaknya biasiswa aku dah dihentikan, sebab tu Puan Zakiah nak jumpa,’ desisnya sendiri.
“Lolly... kenapa pelajaran awak makin merosot? Saya tak mahu pelajar yang mendapat biasiswa dapat keputusan begini.” Sudah terbayang di fikiran Lolly kata-kata yang akan terhambur daripada mulut Puan Zakiah. Lantang dan padu!
Dia menyalahkan diri sendiri kerana peratusannya menurun dua peratus pada periksa penggal lalu. Sekarang baru terasa menyesal.
Gulppp... dia menelan liur lagi. Kali ini lebih payah!
‘Bodoh! Kenapalah aku cuai sangat? Dapat masuk Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, sekolah persendirian begini sudah cukup beruntung. Apalagi dengan bantuan biasiswa.

Cuma syaratnya sahaja yang tinggi melangit! Dia perlu mengekalkan pencapaian lapan puluh lapan peratus ke atas. Tidak boleh tidak! Kalau rasa tak mampu jangan mimpi nak datang sekolah.
 “Tahu kenapa saya panggil kamu bertiga?” soal Puan Zakiah tiba-tiba.
Ketiga-tiga pelajar di hadapannya terkejut. Terhinjut-hinjut tubuh mereka. Debar dan gentar usah dicakap. Bergemuruh jiwa di dalam saat itu.



Selamba ~ Ayu Emelda
 
@ Laman Web Buku Prima

Kisah SELAMBA, santai dan sempoi tapi penuh drama...

Alhamdulillah! Yang dinanti-nantikan muncul juga. Syukur sesangat. 
Percubaan pertama AE utk nvl remaja. 

Sinopsis:
Tiga orang gadis berlainan prinsip dan tingkah laku disatukan dalam satu misi. Apabila menerima amanat Puan Pengetua, Khay, Juju dan Lolly bimbang. Tetapi mereka tidak punya pilihan, Misi BRAVO perlu diteruskan. Mereka bergerak dalam rahsia.

Efwan, jejaka tampan idaman jelitawan menjadi teraju. Mereka sering berbincang dan bertukar pendapat. Akhirnya, dugaan dan cabaran melaksanakan tugas membuatkan mereka mula menjalinkan hubungan persahabatan. Tapi sayang, empat dara vouge a.k.a GORGEOUS iri hati. Namun mereka tidak berasa gentar.

Perjalanan misi BRAVO cukup mendebarkan.

Ada pahit manis serta aksi-aksi hangat dan hangit. Persoalannya, mampukah mereka melaksanakan tugas ini?


RM 14.00
ISBN: 978-967-0184-91-3
~240 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Sep 2011

5 comments:

QeelaDiva said...

dah decide ke tajuk bku nie??
btw, cerita atas nie novel terbaru kak ayu ke??

ayuemelda said...

blm ada tajuk lagi... ini nvl remaja pertama yg akak tulis. hrp2 dterima...

Wild Cherry said...

Best la cite nie kak ayu... Mane smbungannye? x sbar nk bace...

ayuemelda said...

x lama lagi... insyaALLAH...

Anonymous said...

kak ayu bila nak keluarkan sambungan selamba? :3 tak sabar nak baca hihihi um apa tajuk buku sambungan selamba eh kak ayu?