|
AKU dah taubat! Tak mahu culik isteri orang lagi. Nanti tak pasal-pasal kena tidur lokap. Siapa nak tolong?” tempelak Jojo di hujung talian. Tegang sahaja suaranya bila temannya beria-ia minta dia datang.
“Kau sajalah sahabat aku dunia akhirat Jojo, please.... datang jemput aku di rumah kejap lagi. Aku dah bosan tahap Antartika ni,” pujuk Harlyna dengan suara lembut lagi lemah gemalai.
“Nope, no, no... not this time.”
“Please Jojo! Aku bosan sangat ni.”
“Kalau betul kau nak aku datang jemput, pastikan kau dapat permission daripada laki kau tu dulu. Aku tak nak bersubahat. Yang teruk nanti aku jugak.”
“Kau jangan berkira dengan aku Jojo...” Nada Harlyna sudah bertukar dalam dan serak.
“Bukan tak mahu tolong. Tapi aku tak sanggup. Laki kau tu bukan calang-calang. Psikik! Macam tahu-tahu jer...”
Harlyna mengeluh panjang.
“Apa kata kau mintak tolong dengan Tania... tak pun tanya Remy. Mesti dia boleh tolong.”
Harlyna mendengus geram. “Tania tu mana ada kereta. Dia pun harapkan Kyle. Si Remy pulak dua tiga menjak ni asyik sibuk berkepit dengan si Zul. Dia kan tengah mengayat mamat jambu tu.”
“Tapi aku tak beranilah, Lynn...”
“Yang kau takut sangat kenapa? Yang kena marah aku, bukannya kau! Dia cuma berani gertak jer. Bukannya buat betul-betul.”
“Tapi aku tetap tak sanggup.”
“Kau ni... nampak saja keras. Tapi penakut. Macam ni ke kawan?”
“Lyynnnn...” Jojo serba salah. Tak tolong susah! Kalau tolong lagilah susah. Tak pasal-pasal jadi kes polis. Sebab culik isteri orang!”
“Aku tak kira. Kalau lagi sejam kau tak datang... kira putus sahabat. Anggaplah kau tak pernah ada kawan nama Harlyna. Lepas ni kita dah tak ada hubungan apa-apa lagi. Dunia mahupun akhirat!”
Serentak itu Harlyna memutuskan talian.
“Helo... helo... Lynn! Lynn! Amboi! Marah betul nampak!” Jojo sudah kecut perut.
Suara Harlyna sudah tidak kedengaran.
“Kalau ya pun takkan lah sampai putus sahabat Lynn. Adoi la... kau ni buat aku serba salah jerlah,” gumam Jojo sambil melelas renik peluh di pelipis. Rasa serba salah mula menekan-nekan dalam dada. Ini kes berat. Takkan sampai putus sahabat sebab benda kecik begini?
TERASA puas meneguk teh tarik air tangan mamak yang menjadi minuman kegemaran Harlyna. Bibirnya tersengeh lebar sambil menatap wajah serius Jojo yang kelat sejak mereka duduk di Restoran Pelita Nasik Kandar.
Gadis bertopi hitam Manchester United itu diam seribu bahasa. Dia tersandar sambil jarinya memutar-mutar kunci kereta. Kakinya disilang. Nampak macam jantan habis dengan kemeja bercorak geometri yang disinting hingga ke lengan. Pandangannya ditala ke lain. Kononnya sedang menahan perasaan.
“Jojo... janganlah marah. Aku cuma gertak kau jer tadi. Takkanlah kita nak putus sahabat.”
Jojo tetap diam membeku.
“Kau kan teman sejiwa aku. You are my BFF... the best and forever. No replacement. Apa berlaku sekalipun kau tetap jadi pujaan hati,” beritahu Harlyna dengan gaya sedang bersajak.
“Pergi daaa kau... sekarang baru mengaku teman sejiwa konon.” Jojo angkat tangan tinggi. Geram!
Wajah Harlyna terkulat-kulat.
“Tadi awal-awal lagi kau letak telefon. Belum sempat bye bye tiba-tiba aku dengar bunyi tutttt...” ujar Jojo dengan muka herot.
“Ooo... itu sebab telefon aku habis kredit. Bukannya aku sengaja letak. Bukan salah aku... Celcom yang salah. Kenapa tak warning awal-awal.” Selamba sahaja Harlyna memberi alasan.
“Banyak kau punya habis kredit! Ingat aku ni budak tadika ke nak kelentong senang-senang macam tu!” bentak Jojo tidak puas hati. Mukanya masam-mencuka-kecut. Kalah asam kedondong.
Bibir Harlyna tersengeh lebar. “Janganlah marah, kawan. Malam ni aku belanja. Kalau kau nak makan double pun no problem,” pujuk Harlyna sambil tayang dua jari. Peace! No war...
Jojo tenguk air fresh orange dengan rakus. Malam ni memang tak ada mood nak pekena teh tarik. Hati panas. Kepala berangin dengan perangai tak matang member yang mengaku teman dunia akhirat.
Baru susah sikit dan pandai menggertak. Siap bagi kata putus. Pilih antara dua! Buat suspens betul!
“Jo... apa cerita Tania dengan Kyle? Dah lama aku cuba dia orang berdua tu tapi tak dapat. Si Tania dah tak lepak dengan kau lagi ke?” Harlyna ubah topik. Kalau dilayan rajuk Jojo lama-lama takut nanti dia kena balik naik teksi. Bukannya senang nak dapat teksi malam-malam begini.
Jojo jongket bahu.
“Si Kyle pun sama. Sebulan dua ni hilang ke mana?”
“Entah... aku ajak lepak dia banyak alasan pula. Balik-balik aku dengan Remy jugak yang lepak berdua. Kau pulak dah macam masuk pusat juvana. Ada perintah berkurung segala bagai. Payah betul berlaki ya...”
“Ha! Kau yang tengok pun rasa nak senggugut. Aku yang merasa dan menanggung ni lagilah.”
“Takut aku nak kahwin!”
Statement Jojo buat Harlyna hampir tersedak. Dia urut dada. Tak sangka ada hati juga member aku yang sorang ni nak naik pelamin.
“Susah juga jadi isteri orang...”
Harlyna tersenyum simpul melihat wajah polos temannya. Ingatkan dah berpatah arang terus. Tapi biar betul Jojo ni... jadi pengantin lelaki ke perempuan? Kepala Harlyna dah naik confuse.
“Kau boleh tahan ke?”
Harlyna jongket bahu. “Dulu, aku ingatkan bila dah beraja di Villa Chempaka tu, aku boleh buat apa aku suka. Tapi alih-alih lain pulak jadinya. Aku pulak yang kena control! Tak ke pelik.”
“Teruk sangat ke laki kau, Lynn? Dia sampai mendera kau ke?” soal Jojo penuh minat.
Harlyna juling mata. “Dahlah... malas nak cakap pasal Hitler sorang tu. Ni... yang aku nak tahu pasal Tania dengan Kyle. Apa cerita dia orang berdua tu?”
“Manalah aku tahu. Tapi yang aku nampak dia orang berdua memang rapat semacam. Macam pasangan kekasih la pulak.”
Mata Harlyna buntang. “Betul ke dia orang berdua tu couple?” soal Harlyna bagai tidak percaya.
“Entahlah Lynn. Kadang-kadang aku tengok dah macam laki bini pulak budak berdua aku. Hisy! Geli geleman aku. Boleh jer dia orang peluk-peluk tak kira tempat. Kalau setakat kawan takkanlah begitu tingkahnya.”
Dari terbuntang sudah hampir terkeluar bijik mata Harlyna. “Betul ke? Sampai begitu sekali? Sejak bila?” soalnya bertalu-talu.
Sekali lagi Jojo jongket bahu. “Malas cerita. Kalau beri nasihat pun bukannya nak dengar, gasakla dia orang.”
Harlyna geleng kepala. Tapi hatinya tetap berharap kedua temannya itu masih tahu menjaga batasan. Segala tazkirah suaminya bagaikan bergema-gema dalam kepala. Membuatkan dia pula yang terasa berdosa.
4 comments:
ble cite ni nk d'terbitkan?x sbr rsenye...:)
menurut kata editor, klu sumenya bjln lancar mb hjg thn kuar... insyaALLAH...
x sabar nk tunggu ujung taun nih..baca versi penuh lebih puas..
salam...bila nak sambung???
nak tgg smp ujung tahun...berbulan lagi ni... ;)
Post a Comment