23 March 2011

Yang Ditunggu-tunggu...


BULAN MADU AIREEN hanya bertahan seketika cuma...
apabila ijab dan kabul seakan termetri tiga purnama saja.
Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana dan sirna.
Wanita mana tak meradang… hati mana tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga.
Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg!
Tetapi sayang, pujukannya hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan.
Dia tega mengalihkan cinta pada lelaki lain.
Biar Shahir merana... biar padan dengan muka!

Tapi bagi Shahir cintanya adalah yang pertama dan terakhir.
Walau rajuk Aireen panjang berjela...
walau jelingannya sering saja menggoncang iman di dada.
Dia tak mungkin mengalah!
Apalagi dengan kehadiran Dyra dan Fyra...
sebagai penyambung kasih... bukti cinta.

Namun, bahagia yang dicari sering sahaja dilanda onar.
Kehadiran Madam Anna sering membawa bencana.
Laura pula menjadi penggugat dalam bahtera berumahtangga.

Akibatnya, api cemburu dan benci menyebabkan
insan tidak berdosa menjadi mangsa.
Dan mungkinkah kesabaran seorang suami 
akhirnya akan kecundang jua?

11 comments:

Cik Syira said...

X sabaq nak tunggu novel smpai kt swak ni! :D

ayuemelda said...

saba Cik Syira... hrp penantian tu berbaloi tika menghayati kisah Aireen n Shahir...

Anonymous said...

xsbr nk bli...nmpk cm best cite 2....xcted dh nk bc ni....hehe...congrats k'ayu....~

wawa_addien said...

x sbr nk beli...
akanku redah MPH ari mggu nie!!!

ayuemelda said...

sabo wawa... masih blm dipasarkan lagi. akan release d pesta buku pwtc nanti... anyway, tqvm 4 d support...

Lieza mz said...

Assalamualaikum ayu....agak2 bila ada jual kat popular ye...dah baca sinopsis lagilah xsabar nak baca...

ayuemelda said...

waalaikum salam... SM akan release d pesta buku PWTC pd 22 Apr - 1 Mei nanti... hrp Lieza bsabar. tq 4 d support...

Hani Fazuha said...

Tahniah Ayu...lama tunggu novel awak

shima said...

agk2 ada perkhidmatan pos?nk g popular or mph sgt jauh la...plis....

ayuemelda said...

thanks Hani... dah lama tunggu, hrp2 berbaloi. Shima... insyaALLAH akan diwar2kan dlm blog utk pbelian online, tq...

DLa said...

dah lama x jengok cni..tup2 dah ada novel baru..harus dapatkan bli nih..