16 November 2009

Kiriman Ayat-ayat Cinta

Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu, Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak akan berulang kembali.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun jika diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik. Kecualilah jika perhubungan tersebut tidak dapat diselamatkan lagi maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
-Shaz Wan-

02 November 2009

Demam Nur Kasih

NUR KASIH dah jadi satu fenomena. Tiap hari jumaat, 9 mlm... mesti ramai yg tercongok dpn tv sebab nak tahu kesudahan citenya. Credit; jln cite yg cukup baik n lbh menjurus ke arah islamik dlm sesebuah perhubungan.


Sesiapa pun pasti akan tertarik dgn Nur Amina yg cukup lemah lembut dan menepati ciri2 seorg isteri mithali. Dan pasti ramai juga gadis2 d luar sana yg jatuh hati dgn watak Adam; lengkap sume sifat lelaki idaman walaupun pd mulanya dia mmg trouble maker.

Tak kurang jugak yg tergila dgn watak Aidil. Dlm zaman skarang ada lagi ke lelaki sesempurna Aidil. Rasanya payah nak cari! Dlm nvl ada kot!

Sama-samalah kita tunggu ending cite ni...