10 January 2015

Tunggu Dulu, Cinta (Feb 2015)


KAMAL NOAH, luarannya cukup sempurna. Lelaki macho lagi kacak, six-pack, hot dan seksi! Tapi sayang, hatinya dingin macam ais. Mengalahkan Elsa dalam Frozen. Harapkan muka saja hensem tapi hati kering! Ego sekeras Iron Man! Bila buat keputusan, ikut suka hati dia! 

NURAIVY SOFEA, gadis manis yang paling afdhal jadi calon isteri. Bakal pak mertua memang dah lama berkenan! Dia cukup serba-serbi, tapi agak sensitif dan clumsy! Kelembutan dan kesabaran Aivy, ada kalanya keterlaluan. Suka sangat mengalah, sampai selalu kena buli! 

Janji mereka, mahu bercinta setelah sah akad dan nikah. Tapi apakan daya, rumah tangga mereka mula bergoncang dibadai sejarah silam. Di hati Kamal terus berbisik nama Suraya. Di hati Aivy pula pernah hadir nama Khairy. Bila wujud orang ketiga... isteri mana tak cemburu! Suami mana tak tercabar! 

"Tak boleh ke awak reserve hati awak hanya untuk saya?" ~ Aivy 
"Saya cuma simpan kenangan dengan dia, bukan simpan orangnya!" ~ Kamal 

 Namun, setelah Aivy pergi Kamal bagaikan rebah, tersungkur dan tergolek! Dia sendiri keliru mana satu gadis yang bertakhta di hatinya. Siapa sebenarnya yang dirindu?

~ Nukilan AE: Berminat untuk dapatkan Tunggu Dulu, Cinta? Jemput Beli Online ~