27 May 2010

Syahdunyer...



Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

15 April 2010

Secebis Manuskrip...

SELAMBA ~ Bab Satu
JUJU gelisah. Dia ketap bibir sambil bermain-main dengan jari-jemarinya. Sesekali anak matanya mendarat ke wajah Puan Zakiah.
Huhhh... gerun! Sudah terbayang laung dan pekik yang akan merembat telinganya nanti.
Sesekali bola matanya merayap ke gambar-gambar kenangan kabanggaan sekolah. Dipaku kemas dan tergantung cantik di dinding. Kalau ada gegaran pun confirm tak jatuh. Dia cuba mengalih tumpuan untuk melunakkan rasa hati.

Peluh dingin kian membasahi pelipis Juju. Dalam dadanya sudah berlagu ganas. Campur rock dengan hip hop. Berdentam-dentum bergema!
Kenapa agaknya dia perlu berdepan pengetua sekolahnya pagi ini?
‘Aku dah kantoi ke?’ soalnya sendiri sambil menelan liur. Pahit! Payau! Masin! Kelat! Semua rencah ada.
Khay yang berdiri di sebelah Juju sempat menoleh pada gadis itu. Ada keluhan berat yang menderu dari bibir Khay. Seram sejuk badannya. Terasa macam nak demam seminggu.

Seingatnya dia tidak mengundang sebarang kesalahan hingga terpaksa berdiri di bilik pengetua dengan Juju yang cukup glamour kerana suka melanggar disiplin sekolah. Apalagi kalau acara panjat pagar. Juju memang pemegang rekod antarabangsa dalam disiplin itu.

Pandangannya melirik pula pada Lolly di sebelah kiri.
‘Tapi kenapa pulak budak pandai macam Lolly yang selalu menjadi harapan sekolah pun ada sama? Takkan dia ada buat salah?Pelik!’ Hatinya terus berteka-teki.
Semakin otaknya ligat berfikir... semakin bercelaru. Tubuhnya terasa serba tidak kena. Perut memulas. Loya. Rasa nak terkucil pun ada. Lututnya sudah menggigil walaupun lima minit tadi tegap saja berdiri.

Sesekali anak mata Khay mencuri pandang ke wajah pengetua di depan. Walaupun bertahi lalat manis di bawah bibir, namun hujung matanya yang tajam memang meruntuhkan keberanian. Hmm... seram, hatinya berbisik gusar.

Lolly yang sejak tadi tertunduk merenung kaki semakin diamuk badai. Dia menelan liur yang terasa perit. ‘Agaknya biasiswa aku dah dihentikan, sebab tu Puan Zakiah nak jumpa,’ desisnya sendiri.
“Lolly... kenapa pelajaran awak makin merosot? Saya tak mahu pelajar yang mendapat biasiswa dapat keputusan begini.” Sudah terbayang di fikiran Lolly kata-kata yang akan terhambur daripada mulut Puan Zakiah. Lantang dan padu!
Dia menyalahkan diri sendiri kerana peratusannya menurun dua peratus pada periksa penggal lalu. Sekarang baru terasa menyesal.
Gulppp... dia menelan liur lagi. Kali ini lebih payah!
‘Bodoh! Kenapalah aku cuai sangat? Dapat masuk Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, sekolah persendirian begini sudah cukup beruntung. Apalagi dengan bantuan biasiswa.

Cuma syaratnya sahaja yang tinggi melangit! Dia perlu mengekalkan pencapaian lapan puluh lapan peratus ke atas. Tidak boleh tidak! Kalau rasa tak mampu jangan mimpi nak datang sekolah.
 “Tahu kenapa saya panggil kamu bertiga?” soal Puan Zakiah tiba-tiba.
Ketiga-tiga pelajar di hadapannya terkejut. Terhinjut-hinjut tubuh mereka. Debar dan gentar usah dicakap. Bergemuruh jiwa di dalam saat itu.



Selamba ~ Ayu Emelda
 
@ Laman Web Buku Prima

Kisah SELAMBA, santai dan sempoi tapi penuh drama...

Alhamdulillah! Yang dinanti-nantikan muncul juga. Syukur sesangat. 
Percubaan pertama AE utk nvl remaja. 

Sinopsis:
Tiga orang gadis berlainan prinsip dan tingkah laku disatukan dalam satu misi. Apabila menerima amanat Puan Pengetua, Khay, Juju dan Lolly bimbang. Tetapi mereka tidak punya pilihan, Misi BRAVO perlu diteruskan. Mereka bergerak dalam rahsia.

Efwan, jejaka tampan idaman jelitawan menjadi teraju. Mereka sering berbincang dan bertukar pendapat. Akhirnya, dugaan dan cabaran melaksanakan tugas membuatkan mereka mula menjalinkan hubungan persahabatan. Tapi sayang, empat dara vouge a.k.a GORGEOUS iri hati. Namun mereka tidak berasa gentar.

Perjalanan misi BRAVO cukup mendebarkan.

Ada pahit manis serta aksi-aksi hangat dan hangit. Persoalannya, mampukah mereka melaksanakan tugas ini?


RM 14.00
ISBN: 978-967-0184-91-3
~240 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Sep 2011

Dan Pemenang-pemenangnya...

Akhirnya... inilah nama watak2 dlm nvl saya yg akan datang... insyaALLAH...

Hero
: Emir Nazreen - Athirah
Heroin : Chempaka Amalin - Norrehan

Kepada pemenang... sila emelkan nama & alamat lengkap
untuk menerima sedikit saguhati daripada saya...
Terima kasih daun keladi...

27 March 2010

Istimewa di Pesta Buku pada 27 Mac '10

Cik Teddy tg kiut miut ... (dgn pembelian 2 novel)

19 March 2010

Khas sempena Pesta Buku @ 20 Mac 2010 ...


Sebagai kenangan Pesta Buku Antarabangsa KL...
setiap pembelian nvl karya saya akan menerima memento ini.
tapi cenderamata ini amat terhad,
jadi... siapa cepat dia dapat.
seawal jam 10 (Sabtu & Ahad) saya akan menunggu para pembaca d sana...
jom dtg ramai2...

13 March 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010


Sempena PBAKL 2010 yg akan diadakan tak brp lama je lagi,
Insya Allah Ayu akan berada di sana pada 20, 21 dan 27 Mac.
Tak sabar rasanya nak bertemu dengan semua.

Buat pembeli dan pemilik Cinta Kepala Batu/Kasih Dania/Lagu Rindu,
ada memento menarik yang menanti. Kita berjumpa di sana, k?

Untuk senarai penuh novelis Alaf yang akan berada di pesta buku nanti,





05 March 2010

Calon-calonnya...


Bakal pemenang nama watak MTM...
dan calon-calonnya ialah...

Hero
  1. Asyraff Hakim - Siti Beela
  2. Emir Nazreen - Athirah
  3. Aqeel Ashraf - Ena

Heroin
  1. Chempaka Amalin - Norrehan
  2. Nazra Hanna - Ena
  3. Aqilla Darwisya - Nor Reha

03 March 2010

Cat Lagi

Salam...
dah lama x der n3 baru
asyik ngecat umah
lepas tu tukar cat lain
skarang pun rasa mcm x puas hati
cnfrm esok cat lagi... dan lagi... dan lagi...
bila nak siap da!


kepada sume yg tlh menghantar nama hero n heroin...
trima kasih sesangat
terlalu banyak nama yg diterima
x terpilih pulak rasanya...
esok saya akan senarai pendekkan...
insyaALLAH...

11 February 2010

Novel Baru... cari nama baru...

Ramai yang sudah bertanya, bila novel baru nak kuar?

Jawapan :
novel terbaru; Cinta Kepala Batu dah release Disember lalu n insyaALLAH
novel seterusnya akan menyusul tahun ini juga.
masih lagi menyusun plot n mengarang

Tajuk?
buat masa ini Malu Tapi Mahu (MTM)...
tapi tajuk mb akan berubah (bergantung kpd penerbit)

Cerita sikit?
itu kena tunggu...
kalau dah cakap nanti hilang suspen... dah x de tril lak
cuma masih mencari nama watak hero n heroin yg sesuai...

Cadangan!
emm... apa kata pembaca2 yg bagi cadangan...
beri nama watak hero n heroin dlm MTM mengikut karakter...
contoh :
Badrul Ikram - Bryan (nama glamer... hahaha...)
Siti farhana - Hanna (mcm Hanna Montana tu!)
syarat :
sesiapa sahaja yg berminat n berdaftar sbg temans... =D

Hero

biasalah... hero kena hensem n macho
lelaki yg berkerjaya dan amat mementingkan keluarga
dia terlalu taksub mencari calon isteri hingga tidak nampak
seseorang yg istimewa sudah ada di depan mata

Heroin
asal dr desa n x terlalu pemalu
dia jatuh cinta tp takut untuk meluahkan perasaan
orangnya cukup menjaga adab n penampilan ketimuran...

Lagi?
x boleh cite... nanti dah x der misterinya...
insyaALLAH dlm 2 bln lagi saya akan cuba hntr pd editor

Ada hadiah?
ada... pemenang akan dpt hadiah paling istimewa...
yg penting hantarkan idea anda ke ayuemelda@gmail.com
saya menanti dgn penuh debar untuk memilih n menamakan watak2 MTM
Selamat Mencuba!

Siapakah mereka?


09 February 2010

Pemenang Ayat-ayat Cinta

Terima kasih n tahniah kpd pemenang ayat2 cinta yg telah terpilih. Nantikan hadiah (yg tak seberapa) yg akan sampai ke tangan Fifi n Dhila x lama lagi.

  • Usah disebut tentang sayang jika tidak mengerti perihal cinta... ~ Dhila
  • Kasih tercipta hanya untukmu... hingga ke hujung nyawa aku milikmu... ~ Fifi


Nantikan peraduan memilih nama watak hero n heroin dlm my next novel esok! Tunggu...

Kakak oh kakak!

n3 ni saya amik dr blog my hubby yg memang rajin update...

Lemah lembut…

February 6, 2010 · Leave a Comment

Di satu petang, tika mana seorang novelis sedang asyik mengetuk kekunci keyboard dan seorang qs yang sememangnya secara semulajadi (tanpa dipaksa2) amat kurang rajin untuk masuk ke dapur…

“Abah, what’s for dinner?”

“Errr, bungkus je lah. Nanti abah ke Seksyen 6″

“Cam gitu, kakak nak nasik goreng dgn ayam lemah lembut.”

Ayam LEMAH LEMBUT? English please?”

“Soft fried chicken, not that crispy.”

“Oh, understood…”


Kesimpulan

1. Mama kakak memang x masak bila dah terlalu taksub mengarang.

2. Bila kakak nak improve BM?


08 February 2010

Menyesal...


Entah kenapa tiap kali dengar lagu ni memang layan sesangat. Touching habis!!! Lirik n melodi yg indah. Tambah pulak dengan vokal penyanyi yang sedap!

Selalunya bila ada yang bertanya kepada saya macam mana dapat ilham untuk menulis, mb this is 1 of d reasons. Melodi yg menusuk ke kalbu begitu memberi inspirasi. Cuba hayati dan letakkan diri kita di tempat org2 yang sedang mengalami rasa sedih dan kecewa spt yg dilagukan.

FEEL... lps tu amik laptop n taip apa yg patut atau selalunya saya lebih suka tulis plot dlm notebook. Penuh perasaan dan perasan! huhuhu... =D

Apa kata kita layan sama2...

MENYESAL

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia...

bila cinta tak lagi untukku...
bila hati tak lagi padaku...
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu...
dan bila dia bahagia dirimu...
aku kan pergi meski hati tak akan rela

terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu.

06 February 2010

CKB di Carta Popular Book, Berita Harian

Berita Harian (5 Februari 2010)

Alhamdulillah, terima kasih buat semua di atas sokongan yang diberikan!

04 February 2010

CKB di Resensi Buku @ Selamat Pagi Malaysia, 4 Jan '10

Di hadapan Wisma TV, RTM...

Sebelum ke udara, touch up dulu mana yg patut :D

Di bilik menunggu sebelum dipanggil masuk...

RAM bersama Cinta Kepala Batu

Macam nak luruh jantung masa ni. Tp maintain ayu :D

Rindu, Kasih dan Cinta...

Teman lama yang dah 9 tahun x jumpa...


02 February 2010

Resensi Buku @ Selamat Pagi Malaysia (RTM1)



Insya Allah, saya akan muncul di slot Resensi Buku, Selamat Pagi Malaysia pada hari Khamis ini, 4 Februari 2010. Saya akan membicarakan tentang novel terbaru, CKB bersama pengacara Ramlee Awang Murshid...

28 January 2010

Jumpa di Karnival Karangkraf



Hari yang ditunggu-tunggu tiba gak esok... mesti ramai yang tak sabar nak borong buku2 keluaran Alaf21. Termasuklah saya sendiri. Memang plan nak tambah koleksi karya teman2 novelis lain & nak gak jumpa kenalan2 yg selalu join fb.

Saya ada sediakan penanda buku kepada sesiapa yang mendapatkan karya Ayu Emelda. Terima kasih atas sokongan dan komen2 ikhlas yang diberikan selama ini.




27 January 2010

Hati Tersentuh

Menyesal


semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia...

bila cinta tak lagi untukku...
bila hati tak lagi padaku...
mengapa harus dia yang merebut dirimu


bila aku tak baik untukmu...
dan bila dia bahagia dirimu...
aku kan pergi meski hati tak akan rela


terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu...


Skarang tengah layan gila lagu ni. Melodi dan lirik memang sedap, menusuk ke kalbu. Tambah pula bila teringat kisah beberapa orang teman yang pernah melalui kisah yang sama; cinta tiga segi. Apa agaknya perasaan mereka bila dengar bait-bait yang mengalunkan kisah hidup mereka. Sure boleh tangkap nangis... (hanya mampu berdoa agar mereka tabah dengan ujian ini)

16 January 2010

CKB di Carta Popular

Sumber: Berita Harian, 29 Januari 2010


Sumber: Berita Harian, 22 Januari 2010



Sumber: Berita Harian, 15 Januari 2010

TERIMA KASIH semua di atas sokongan yang diberikan!