b. about me


 AE @ Sinar Harian, 22 Jun 2012



Mengenai Penulis
Gandingan minat dan pendidikan formal dalam bidang penulisan telah mencipta identiti AYU EMELDA.

Ayu Emelda merupakan puteri tunggal daripada lima adik-beradik. Hobi mem­baca akhirnya mencetus­kan naluri untuk berkarya. Ijazah Komunikasi Massa (UiTM) juga banyak membantu. Walaupun sebelum ini pernah menghasilkan beberapa artikel, secara peribadi masih ada se­suatu yang dicari.

Keinginan begitu mendalam untuk me­ngutip pengalaman yang lebih luas, terutamanya menghasilkan sebuah penulisan yang mempunyai nilai sentimental. Kerana desakan keinginan, lahirlah Lagu Rindu. Namun, menjadi seorang novelis bukannya mudah seperti yang diduga. 

Apalagi sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Ia menuntut ke­sungguhan dan pengorbanan masa yang besar. Menulis me­merlukan jiwa, perasaan dan penghayatan selain akal serta fikiran.

Watak Puteri Adalea dan Tengku Iman Aqmal tampil de­ngan kesempurnaan dan ke­kurangan. Kedua-duanya punya personaliti menarik, baik, pe­nyabar dan punya aura ter­sendiri. Namun lumrah kehidupan, ma­nusia tidak terlepas dari sifat cemburu, marah dan dendam dalam mencari ke­bahagiaan.

Lagu Rindu adalah lang­kah pertama untuk men­dekati dunia penulisan kreatif secara lebih dekat. Ternyata masih banyak yang perlu dipelajari. Betapa kekurangan diri telah mencetuskan kesedaran, selagi bumi ini berputar selagi itulah ilmu terus berlegar. Kita hanya perlu berusaha mencari.

Semoga para pembaca sudi untuk menghayati bersama karya ini. Sesungguhnya yang baik itu diilhamkan daripada ALLAH, dan segala kekurangan adalah hakikat kelemahan se­orang insan.

 Sumber: http://www.alaf21.com.my/penulis/?idWriter=74