28 October 2009

Ayat-ayat Cinta...

  • Aku tersenyum kerana kasihmu... aku ketawa kerana cintamu... hanya kau dan aku... -Sara-
  • Usah disebut tentang sayang jika tidak mengerti perihal cinta... -Dhila-
  • Kasih tercipta hanya untukmu... hingga ke hujung nyawa aku milikmu... -Fifi-
  • Kejamnya dikau menghancur segala... hingga cinta kita pudar... layu tak berseri... -Rysa-
  • Hati ini sering tertanya siapa dia sebelum daku... -Dhila-
  • Tanpa kehadiran mu sayang... aku bagai tak bernafas & bernyawa... -Alinajira-

21 October 2009

Selamat Bertunang

Untuk Aishah (biru) dan Sofiah (pink) Ahmad Shahuddin, Selamat Bertunang pada 10 Oktober 2009 lalu. Semoga ceria dan sabar meniti alam pertunangan yg penuh dengan dugaan...

12 October 2009

Bakat terpendam...

Sesiapa yang berminat untuk meluahkan ayat-ayat cinta silalah hantar melalui komen atau emel ke ayuemelda@gmail.com atau luahkan apa sahaja perasaan dalam sebaris ayat untuk dikongsi bersama...

Sesiapa yang berminat bolehlah luahkan bakat terpendam...
Ada saguhati menanti untuk ayat cinta paling sodap!!!

11 October 2009

Suatu hari sebelum raya...

Akisahnya... sehari sebelum hari raya... ketika dlm perjalanan ke kg di Alor Setar... tiba2 aku terpandang seorang insan yang sedang menarik troli. Kalau ikutkan, x de yg pelik... tapi kali ini aku rasa syahdu sebentar...

Bayangkan mamat ni tarik troli di highway. Bila aku pandang kiri dan kanan hanya pemandangan yang menghijau... x de tanda2 ada kawasan perumahan atau yg sewaktu dgnnya.

TEKAD! 'Apa jadi sekalipun aku tetap nak balik beraya di kampung!' Agaknya itulah yg sedang hamba ALLAH ni fikirkan saat itu.

Mungkin sebab tak dapat tiket bas dia tekad menapak jer. x kisah berapa lama... bila... janji sampai! Agaknya... dah rindu sangat nak jumpa dan beraya dgn ibu bapa serta keluarga sampai sanggup buat keputusan macam tu. Apapun... thn depan boleh buat pengajaran (termasuklah kita semua). Rancang perjalanan utk balik beraya... beli tiket awal.


Gambar hanya hiasan semata-mata...

28 June 2007

Kasih Dania kini di pasaran :)

DYRA DANIA seorang gadis yang punya trauma cinta. Kelembutan dan keayuannya hilang ditelan kekecewaan lalu. Hatinya cuba bertahan sekeras batu daripada diseru naluri syahdu. Namun… siapa sangka, getaran cinta hadir tanpa diduga. Pendiriannya roboh tanpa rela. Dalam keasyikan menyulam bahagia, dia tersedar daripada lena yang panjang. Mimpi-mimpi indah rupanya satu persenda. Demi kasih… Dania rela menjadi pengemis cinta yang punya harga.

AMIR BUDREEZ hidup dikelilingi bunga-bunga kasih Dania. Meskipun wajah Dania sering bermain-main di tubir mata, namun nama Maria sentiasa meniti di bibir. Kata hati tidak pernah seiring dengan logik akal. Entahlah… mungkin pesona Maria membuatkan cinta suci Dania menjadi sirna. Dalam kemanisan, terselit kepahitan yang harus ditelan.

Maria seorang gadis misteri yang muncul dalam hidup budreez dengan rahsia tersendiri. Dia bijak mengatur langkah dan mengemudi arah. Kehadirannya ibarat parasit yang menagih cinta. Cinta yang tak pasti di mana destinasi akhirnya. Dan kerena itu, ada hati yang tercalar, ada perasaan yang terluka dan ada jiwa yang menahan rasa.

Benarkah jarak waktu yang panjang mampu mengubah sebutir kaca menjadi permata berharga? Dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini harus diterima tanpa wasangka?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.
Laman Ayu Emelda

Tajuk: Kasih Dania
Halaman: 508
Harga: RM19.90
Borang Langganan
* dipetik dari laman web Alaf21

15 March 2007

Lagu Rindu di Ruangan Sastera Berita Harian

LAGU Rindu karya Ayu Emelda menghanyutkan pembaca dengan kisah pasangan muda lulusan luar negara yang tersepit dengan ikatan kasih tetapi gagal dileraikan secara harmoni apabila disatukan meskipun hakikatnya hadir perasaan cinta antara mereka.

Puteri Adalea yang menuntut di University of Salford, Manchester, ditakdirkan bertemu dengan jejaka tampan, Tengku Iman Aqmal, ketika meraikan Syawal di Jabatan Pelajar Malaysia di United Kingdom. Pertemuan pertama itu menjalin ikatan perasaan antara mereka meskipun Adalea diingatkan teman-temannya akan khabar angin Aqmal seorang kasanova yang menjadi buruan ramai pelajar wanita.

Keakraban Aqmal dengan pelajar wanita, Sofea dan Tengku Ima Julea, tempat mereka belajar menyebabkan Adalea menyimpan prasangka tak berkesudahan terhadap Aqmal sehingga akhirnya hubungan perasaan mereka terpaksa dileraikan ketika konvokesyen.

Sekembali di Malaysia, Aqmal disambut bapanya manakala Adalea disambut keluarganya dan kebetulan bapa kedua-dua bapa pelajar itu rupa-rupanya pernah bersahabat, lalu menjalin semula hubungan yang pernah terputus.

Aqmal menggunakan kesempatan itu bagi memaklumkan kepada bapanya hasrat ingin memperisterikan Adalea menyebabkan gadis itu yang sudah berpatah arang dengan pemuda terbabit tersepit oleh keadaan.

Kebetulan Adalea juga ditimpa masalah apabila adiknya, Misya akan melangsungkan perkahwinan manakala nenek mereka yang membenci Adalea tidak mahu perkahwinan langkah bendul berlaku bagi mengelakkan Misya menjadi buah mulut orang. Situasi itu memaksa Adalea menerima Aqmal meskipun hakikatnya hatinya begitu raguragu akan keiklhasan pemuda terbabit untuk memperisterikannya memandangkan sikap kasanovanya tidak pernah berubah.

Perkahwinan Adalea dan Aqmal hanya pada nama kerana mereka membawa haluan masing-masing selepas Adalea enggan membuka hatinya untuk suaminya itu kerana dianggap mensia-siakannya dan mendahulukan wanita lain dalam hidupnya. Kunjungan Sofea selepas mereka berkahwin dan kedatangan Julea menetap bersama mereka mengharubirukan lagi kehidupan mereka sehingga terbongkar rahsia yang disimpan bapa Aqmal daripada pengetahui ibunya selama ini.

Siapakah Julea dan Sofea, apakah hubungan Haikal dengan Remu serta mengapakah Aqmal berang melihat Haikal bersama Adalea akan diketahui dengan membaca novel setebal 448 halaman terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad berharga RM17 senaskhah.

*Sumber dari Berita Harian, 15 Mac 2007