23 April 2011
22 April 2011
20 April 2011
19 April 2011
APABILA pertemuan semula terjadi tanpa diduga...
BAB 2
PERLAHAN-LAHAN kelopak matanya dibuka. Sayang seribu kali sayang, semua itu bukan satu mimpi. Betapa dia sedang berdepan dengan sebuah realiti. Wajah itu tetap sama. Dia kelu! Kaku dan kayu! Entah kenapa saat ini tubuhnya rasa tidak berdaya. Lemah seluruh anggota.
Mana sumpah seranah? Kalau tadi sudah terbayang tamparan wanitanya hinggap di pipi Shahir, tapi kini kenapa dia rasa tidak mampu berbuat begitu? Tangannya bagai lumpuh hanya kerana renungan mata sepet itu.
Lelaki itu tersenyum. Manis, kacak, tampan dan menggoda. Memang lima tahun dulu ciri-ciri itu adalah antara penyebab kenapa dia jatuh cinta dengan Shahir sepenuh hati! Separuh mati! Gila bayang setiap hari sampai sanggup dijadikan isterinya walaupun baru enam bulan usia perkenalan mereka.
Matanya yang bersinar galak begitu menawan. Wajahnya sedikit berisi, tapi lebih kemas dengan janggut nipis yang terjaga rapi. Walaupun Brad Pitt pernah menjadi igauannya ketika remaja dulu, tetapi lelaki di depannya kini lebih menambat hati.
Aduh, Reen... jangan kalah kerana rupa. Jangan terliur kerana luarannya sahaja. Jangan lupa kekejaman yang pernah lelaki itu lakukan dulu. Kau dah banyak merana! Dan jangan lupa setiap titis air mata darah diperah daripada kau. Suara hatinya seakan bergema-gema mengingatkan.
“Aireen... dah lama kita tak jumpa,” sapa Shahir lembut dengan wajah ceria yang bukan dibuat-buat.
Aireen berkerut dahi. “Yes... do I know you?” soalnya penuh kepura-puraan. Kalau dengan hanya lakonan dia dapat melepaskan diri, tidak salah jika mencuba. Untung-untung lakonannya menjadi. Boleh menang anugerah tahun depan.
“Ya... kita cukup kenal. Malah, saling mencintai. Abang takkan terpedaya dengan cara begitu. Sorry... it doesn’t work.”
Aireen menggigit bibir bawah. Aduh! Nampaknya, dia bukan primadona yang mampu menyembunyikan identiti dengan bakat lakonan. Dia hilang kata. Suaranya rasa tersekat di kerongkong. Malah, kolam matanya sudah mula panas. Marah atau menangis? Kedua-duanya saling bertindan.
Sunyi. Sepi. Lama mereka diam membisu. Saling memandang antara satu sama lain. Mata bertentang mata. Lidah kelu untuk berbicara. Dan renungannya... bukan setakat mencairkan hati, tapi boleh membakar diri. Rentung nanti! Suara hatinya mengingatkan.
Jangan pandang Aireen... jangan pandang! Lebih baik jangan berani bermain mata kalau tak mampu menepis!
“Abang... abang...” Shahir ingin meluahkan sesuatu. Betapa pertemuan yang tidak diduga ini amat menggembirakan. Namun, mulutnya berasa berat.
Dia mencapai tangan Aireen. Mahu melampiaskan rasa rindu yang ditanggung bertahun lama. Mahu diluahkan semahunya.
“Sudah lima tahun kita tak jumpa... kenapa Aireen sanggup pergi tinggalkan abang?”
Mata Aireen membuntang. “What?” Dia ketap bibir. Merenung geram.
Siapa yang tinggalkan siapa? Sejak bila pulak dia yang tinggalkan Shahir? Bukankah dia yang sebenarnya ditinggalkan. Dan panggilan abang... Huh, memang tak sesuai! Rasa menyampah... nak muntah... uweekkk!
18 April 2011
15 April 2011
Jadual Penulis Alaf 21 di PWTC
- 24 April 2011 (Ahad) - 10:00 pg hingga 4:00 ptg
- 30 April 2011 (Sabtu) - 10:00 pg hingga 1:00 ptg
- 1 Mei 2011 (Ahad) - 4:00 ptg hingga 7:00 ptg
14 April 2011
Obses Pada Buku?
Cetak kupon diskaun ini dan bawa bersama apabila membeli buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.
- Kupon diskaun ini hanya sah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung dari 22 April - 1 Mei 2011 di Dewan Tun Dr. Ismail.
- Hanya sah bagi buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf sahaja.
- Kupon diskaun ini hanya sah dengan satu (1) resit pembelian sahaja.
- Sila serahkan kupon ini kepada juruwang di kaunter bayaran.
12 April 2011
Sayangku Merajuk @ Beli Online
CARA MEMBUAT PESANAN
Buat pembayaran (sama ada melalui internet atau di ATM) ke akaun dibawah:
Emailkan kepada saya maklumat berikut:
Alamat Lengkap
Tarikh Pembayaran dilakukan
Alamat email: ayuemelda@gmail.com
Langkah Ketiga
Apabila amaun tersebut telah dikreditkan ke akaun saya, saya akan menghantar satu email pengesahan bagi memaklumkan bayaran telah diterima
Langkah Keempat
Novel yang dipesan akan dihantar keesokan harinya dan sekali lagi saya akan menghantar email pengesahan bagi memaklumkan no label barkod Pos Ekspress (bagi tujuan semakan)
~ Untuk sebarang pertanyaan boleh emel ke ayuemelda@gmail.com ~
Posto! Posto!
11 April 2011
Sayangku Merajuk di Laman Web Alaf 21
Sinopsis
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?
Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!
Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!
Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!
Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?
Sumber: http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=701
05 April 2011
29 March 2011
Intro Sayangku Merajuk
Dadanya yang bergelora kian berombak. Semakin tidak keruan. Bertambah kacau! Marah, geram, sakit hati. Bagaikan ramuan yang akan membuatkan dia meletup tidak lama lagi.
Mesranya dia sedang menjamu selera di Restoran McDonalds dengan orang tersayang. Laura! Ya... tentu wanita jelita yang manis bertudung biru jernih yang sedang bersama Shahir itu adalah Laura. Cantik!
“Patutlah Shahir tinggalkan aku...” gumam Aireen. Dia sedang membuat kesimpulan sendiri. Mulutnya herot kiri kanan. Menahan rasa hati yang sedang sakit dan pedih.
Terasa dirinya begitu kerdil. Laura terlalu cantik jika dibandingkan dengan dirinya. Wanita itu punya segala-galanya yang dia tidak miliki. Dan yang paling penting tentu sahaja restu daripada ibu Shahir sendiri.
Aireen hanya mampu gigit bibir memandang kejelitaan wanita yang menjadi saingannya. Pasti mana-mana lelaki pun akan memuja kecantikan ciptaan TUHAN itu. Dan, Shahir juga pasti sudah jatuh hati.
Siapalah dia kalau nak dibandingkan. Memang dia manis. Apalagi dengan gigi taring yang berlapis dan lesung pipit dalam yang terukir setiap kali dia tersenyum. Tetapi, bila melihat Laura dengan mata kepala sendiri, dia berasa rendah diri. Tidak mungkin dia mampu menandingi apa yang gadis itu miliki. Cukup sempurna!
Paling meremukkan hatinya apabila melihat kemesraan mereka berdua. Bersenda gurau dan bergelak ketawa bagaikan merpati dua sejoli. Sayangnya kebahagiaan itu dibina daripada air mata darahnya saban hari.
Tekak Aireen terasa pahit dan perit hingga dia berasa sukar mahu bernafas. Bagaikan bernafas dalam air kala itu. Kalau terus dipandang, boleh lemas akhirnya. Betapa remuknya hati. Dadanya turun naik dengan pantas. Hanya TUHAN yang tahu betapa jiwanya sedang terseksa.
“Ya ALLAH, Ya TUHANku... berikanlah hambu-MU ini kekuatan untuk bersabar dan bertahan dengan apa sahaja dugaan,” rintih Aireen dengan fikiran yang bimbang. Dia takut tidak mampu berdepan dengan situasi ini.
Satu-satunya lelaki yang pernah dicintai kini berada di depan mata. Perlukah aku pergi menyapa... bertanya khabar atau memeluknya? Grrr... tentu sekali tidak. Kenapa? Sebab cinta aku pada Shahir hanya tinggal sejarah hitam. Hanya tinggal kubur dan batu nisan.
Kini, perasaan cinta yang pernah bertapa di dalam hatinya suatu waktu dulu sudah terlalu asing. Segalanya sudah hilang ditelan penderitaan yang terpaksa digalas hari demi hari.
Yang ada hanya rasa kecewa dan rasa dikhianati. Marah tidak usah ditanya. Barangkali aku perlu hadiahkan sahaja penampar kepada Shahir. Atau paling tidak pun, biar diketuk kepala lelaki itu dengan kasut tumit tiga inci jenama Bonia yang tersarung kemas di kakinya.
Biar hatinya rasa puas! Mungkin tindakan itu dapat membalas segala penderitaan yang terpaksa diharunginya selama ini. Dapat mengembalikan semula keyakinan yang hampir lebur setelah hati dan perasaannya diperkotak-katikkan sekian lama.
Tapi untuk apa? Semua itu tidak dapat melenyapkan derita yang sakit berbekas di hatinya. Sampai bila-bila pun tidak akan ada ubat yang dapat menyembuhkan parut yang sudah ditoreh.
Bertemu dan berdepan semula dengan lelaki itu hanya membangkitkan luka lama. Parut yang tinggal tentu akan berdenyut kembali. Berdarah. Dan dia juga yang akan terus terseksa.
Aireen tertunduk. Merenung lantai dengan hati yang hiba dan rawan. Suasana hingar-bingar di Subang Parade seolah-olah hilang dan sunyi daripada pandangannya. Dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri.
Terasa pergerakan waktu begitu lambat. Dia pejam mata. Panas. Mahu sahaja dia menangis di situ. Tidak! Bukan menangis... tapi rasa mahu meraung! Meluahkan apa yang sarat berbuku-buku di dalam dadanya.
Kenapa pada saat aku sudah belajar untuk melupakan kisah lalu, pertemuan yang tidak di duga ini harus berlaku? Ah, tak sepatutnya dia datang ke sini hari ni. Kalau tidak semua ini pasti tak akan terjadi! omelnya geram dengan gigi sengaja diketap kuat.
Dia harus lupakan kisah lalu. Berpaling dan pergi. Saat itu juga tubuhnya dipusing 180 darjah. Biarkan lelaki itu terus menjadi kenangan.
“Aireen...”
Baru sahaja dia ingin memulakan langkah ke arah Fyra dan Drya yang masih leka bermain, kedengaran namanya dilaung dari jauh.
Jantungnya berdebar kencang. Terasa nafasnya putus-putus. Suara itu... oh TUHAN... tidak mungkin dia dapat melupakan suara yang dulunya kedengaran begitu manis dan romantis. Dia telan liur. Gugup!
Aku tertawan kerana suara itu. Aku tergoda kerana bisikan-bisikan romantis yang pernah diucapkan dengan kalimah yang cukup indah.
“Aireen...”
Aireen buka mata perlahan-lahan. Dia sedar, sudah terlambat untuk dia melarikan diri. Sudah terlambat untuk dia mengelak daripada berdepan dengan Shahir. Lelaki itu sedang menghampirinya.
Dia menarik nafas panjang, lalu dihela perlahan-lahan. Matanya dipejam semula untuk mencari kekuatan agar dia tidak karam dengan air mata di hadapan lelaki itu. Biar sukar sekalipun, dia tidak mahu nampak lemah.
Kuatkan semangat Aireen... jangan terlalu mudah menyerah kalah. Mungkin inilah masanya untuk membalas semua sakit hati yang dia pernah tinggalkan. Biar dia sedar! Suara hatinya berbisik.
“Aireen...” Sudah tiga kali namanya diseru.
Ah, mungkin dia tersalah orang. Di hadapannya sekarang bukan Shahir, tetapi pelanduk dua serupa. Mereka hanya dua insan berbeza tetapi mempunyai wajah yang mirip benar dengan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya.
Atau lelaki itu yang tersilap orang. Nama gadis yang dicarinya mungkin sahaja serupa dengannya, tapi dia sebenarnya sedang mencari orang lain. Ya! Hanya nama mereka sahaja yang sama. Huh! Logik ke tu? Akalnya mencerna sendiri.
Atau dia perlu berlakon? Berpura-pura menjadi orang lain agar Shahir tertipu. Dia bukan Aireen. Dia bukan wanita yang lelaki itu kenali. Dia hanya seorang gadis asing dan mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.
Dia sempat berdoa. Biar semua ini hanya satu mimpi ngeri yang akan berakhir tidak lama lagi. Matanya dipejam rapat. Harapannya apabila terjaga nanti, semua itu akan lenyap... amin. Tangan diraup ke muka.
23 March 2011
Yang Ditunggu-tunggu...
insan tidak berdosa menjadi mangsa.
akhirnya akan kecundang jua?
20 March 2011
Harga Sebuah Cinta
Penulis : Hani Fazuha
Mukasurat : 464
KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.
Hilang Idea...
27 May 2010
Syahdunyer...
Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
15 April 2010
Secebis Manuskrip...
JUJU gelisah. Dia ketap bibir sambil bermain-main dengan jari-jemarinya. Sesekali anak matanya mendarat ke wajah Puan Zakiah.
Huhhh... gerun! Sudah terbayang laung dan pekik yang akan merembat telinganya nanti.Sesekali bola matanya merayap ke gambar-gambar kenangan kabanggaan sekolah. Dipaku kemas dan tergantung cantik di dinding. Kalau ada gegaran pun confirm tak jatuh. Dia cuba mengalih tumpuan untuk melunakkan rasa hati.
Peluh dingin kian membasahi pelipis Juju. Dalam dadanya sudah berlagu ganas. Campur rock dengan hip hop. Berdentam-dentum bergema!
Kenapa agaknya dia perlu berdepan pengetua sekolahnya pagi ini?
‘Aku dah kantoi ke?’ soalnya sendiri sambil menelan liur. Pahit! Payau! Masin! Kelat! Semua rencah ada.Khay yang berdiri di sebelah Juju sempat menoleh pada gadis itu. Ada keluhan berat yang menderu dari bibir Khay. Seram sejuk badannya. Terasa macam nak demam seminggu.
Seingatnya dia tidak mengundang sebarang kesalahan hingga terpaksa berdiri di bilik pengetua dengan Juju yang cukup glamour kerana suka melanggar disiplin sekolah. Apalagi kalau acara panjat pagar. Juju memang pemegang rekod antarabangsa dalam disiplin itu.
Pandangannya melirik pula pada Lolly di sebelah kiri.
‘Tapi kenapa pulak budak pandai macam Lolly yang selalu menjadi harapan sekolah pun ada sama? Takkan dia ada buat salah?Pelik!’ Hatinya terus berteka-teki.Semakin otaknya ligat berfikir... semakin bercelaru. Tubuhnya terasa serba tidak kena. Perut memulas. Loya. Rasa nak terkucil pun ada. Lututnya sudah menggigil walaupun lima minit tadi tegap saja berdiri.
Sesekali anak mata Khay mencuri pandang ke wajah pengetua di depan. Walaupun bertahi lalat manis di bawah bibir, namun hujung matanya yang tajam memang meruntuhkan keberanian. Hmm... seram, hatinya berbisik gusar.
Lolly yang sejak tadi tertunduk merenung kaki semakin diamuk badai. Dia menelan liur yang terasa perit. ‘Agaknya biasiswa aku dah dihentikan, sebab tu Puan Zakiah nak jumpa,’ desisnya sendiri.
“Lolly... kenapa pelajaran awak makin merosot? Saya tak mahu pelajar yang mendapat biasiswa dapat keputusan begini.” Sudah terbayang di fikiran Lolly kata-kata yang akan terhambur daripada mulut Puan Zakiah. Lantang dan padu!Dia menyalahkan diri sendiri kerana peratusannya menurun dua peratus pada periksa penggal lalu. Sekarang baru terasa menyesal.
Gulppp... dia menelan liur lagi. Kali ini lebih payah!‘Bodoh! Kenapalah aku cuai sangat? Dapat masuk Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, sekolah persendirian begini sudah cukup beruntung. Apalagi dengan bantuan biasiswa.
Cuma syaratnya sahaja yang tinggi melangit! Dia perlu mengekalkan pencapaian lapan puluh lapan peratus ke atas. Tidak boleh tidak! Kalau rasa tak mampu jangan mimpi nak datang sekolah.
“Tahu kenapa saya panggil kamu bertiga?” soal Puan Zakiah tiba-tiba.Ketiga-tiga pelajar di hadapannya terkejut. Terhinjut-hinjut tubuh mereka. Debar dan gentar usah dicakap. Bergemuruh jiwa di dalam saat itu.
Selamba ~ Ayu Emelda @ Laman Web Buku Prima
Alhamdulillah! Yang dinanti-nantikan muncul juga. Syukur sesangat.
Percubaan pertama AE utk nvl remaja.
Sinopsis:
Tiga orang gadis berlainan prinsip dan tingkah laku disatukan dalam satu misi. Apabila menerima amanat Puan Pengetua, Khay, Juju dan Lolly bimbang. Tetapi mereka tidak punya pilihan, Misi BRAVO perlu diteruskan. Mereka bergerak dalam rahsia.
Efwan, jejaka tampan idaman jelitawan menjadi teraju. Mereka sering berbincang dan bertukar pendapat. Akhirnya, dugaan dan cabaran melaksanakan tugas membuatkan mereka mula menjalinkan hubungan persahabatan. Tapi sayang, empat dara vouge a.k.a GORGEOUS iri hati. Namun mereka tidak berasa gentar.
Perjalanan misi BRAVO cukup mendebarkan.
Ada pahit manis serta aksi-aksi hangat dan hangit. Persoalannya, mampukah mereka melaksanakan tugas ini?
Tarikh Terbit: 15 Sep 2011
Dan Pemenang-pemenangnya...
Hero : Emir Nazreen - Athirah
Heroin : Chempaka Amalin - Norrehan
Kepada pemenang... sila emelkan nama & alamat lengkap
untuk menerima sedikit saguhati daripada saya...
Terima kasih daun keladi...
27 March 2010
19 March 2010
Khas sempena Pesta Buku @ 20 Mac 2010 ...
13 March 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010
05 March 2010
Calon-calonnya...
- Asyraff Hakim - Siti Beela
- Emir Nazreen - Athirah
- Aqeel Ashraf - Ena
Heroin
- Chempaka Amalin - Norrehan
- Nazra Hanna - Ena
- Aqilla Darwisya - Nor Reha
03 March 2010
Cat Lagi
dah lama x der n3 baru
asyik ngecat umah
lepas tu tukar cat lain
skarang pun rasa mcm x puas hati
cnfrm esok cat lagi... dan lagi... dan lagi...
bila nak siap da!

kepada sume yg tlh menghantar nama hero n heroin...
trima kasih sesangat
terlalu banyak nama yg diterima
x terpilih pulak rasanya...
esok saya akan senarai pendekkan...
insyaALLAH...
11 February 2010
Novel Baru... cari nama baru...
Jawapan :
novel terbaru; Cinta Kepala Batu dah release Disember lalu n insyaALLAH
novel seterusnya akan menyusul tahun ini juga.
masih lagi menyusun plot n mengarang
Tajuk?
buat masa ini Malu Tapi Mahu (MTM)...
tapi tajuk mb akan berubah (bergantung kpd penerbit)
Cerita sikit?
itu kena tunggu...
kalau dah cakap nanti hilang suspen... dah x de tril lak
cuma masih mencari nama watak hero n heroin yg sesuai...
Cadangan!
emm... apa kata pembaca2 yg bagi cadangan...
beri nama watak hero n heroin dlm MTM mengikut karakter...
contoh :
Badrul Ikram - Bryan (nama glamer... hahaha...)
Siti farhana - Hanna (mcm Hanna Montana tu!)
syarat :
sesiapa sahaja yg berminat n berdaftar sbg temans... =D
Hero
biasalah... hero kena hensem n macho
lelaki yg berkerjaya dan amat mementingkan keluarga
dia terlalu taksub mencari calon isteri hingga tidak nampak
seseorang yg istimewa sudah ada di depan mata
Heroin
asal dr desa n x terlalu pemalu
dia jatuh cinta tp takut untuk meluahkan perasaan
orangnya cukup menjaga adab n penampilan ketimuran...
Lagi?
x boleh cite... nanti dah x der misterinya...
insyaALLAH dlm 2 bln lagi saya akan cuba hntr pd editor
Ada hadiah?
ada... pemenang akan dpt hadiah paling istimewa...
yg penting hantarkan idea anda ke ayuemelda@gmail.com
saya menanti dgn penuh debar untuk memilih n menamakan watak2 MTM
Selamat Mencuba!
Siapakah mereka?09 February 2010
Pemenang Ayat-ayat Cinta
- Usah disebut tentang sayang jika tidak mengerti perihal cinta... ~ Dhila
- Kasih tercipta hanya untukmu... hingga ke hujung nyawa aku milikmu... ~ Fifi

Kakak oh kakak!
Lemah lembut…
February 6, 2010 · Leave a Comment
Di satu petang, tika mana seorang novelis sedang asyik mengetuk kekunci keyboard dan seorang qs yang sememangnya secara semulajadi (tanpa dipaksa2) amat kurang rajin untuk masuk ke dapur…
“Abah, what’s for dinner?”
“Errr, bungkus je lah. Nanti abah ke Seksyen 6″
“Cam gitu, kakak nak nasik goreng dgn ayam lemah lembut.”
“Ayam LEMAH LEMBUT? English please?”
“Soft fried chicken, not that crispy.”
“Oh, understood…”
Kesimpulan
1. Mama kakak memang x masak bila dah terlalu taksub mengarang.
2. Bila kakak nak improve BM?
08 February 2010
Menyesal...
Entah kenapa tiap kali dengar lagu ni memang layan sesangat. Touching habis!!! Lirik n melodi yg indah. Tambah pulak dengan vokal penyanyi yang sedap!
Selalunya bila ada yang bertanya kepada saya macam mana dapat ilham untuk menulis, mb this is 1 of d reasons. Melodi yg menusuk ke kalbu begitu memberi inspirasi. Cuba hayati dan letakkan diri kita di tempat org2 yang sedang mengalami rasa sedih dan kecewa spt yg dilagukan.
FEEL... lps tu amik laptop n taip apa yg patut atau selalunya saya lebih suka tulis plot dlm notebook. Penuh perasaan dan perasan! huhuhu... =D
Apa kata kita layan sama2...
MENYESAL
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia...
bila cinta tak lagi untukku...
bila hati tak lagi padaku...
mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu...
dan bila dia bahagia dirimu...
aku kan pergi meski hati tak akan rela
mengapa ku kenalkan dia padamu.
06 February 2010
CKB di Carta Popular Book, Berita Harian
Berita Harian (5 Februari 2010)Alhamdulillah, terima kasih buat semua di atas sokongan yang diberikan!
04 February 2010
02 February 2010
Resensi Buku @ Selamat Pagi Malaysia (RTM1)
28 January 2010
Jumpa di Karnival Karangkraf

Hari yang ditunggu-tunggu tiba gak esok... mesti ramai yang tak sabar nak borong buku2 keluaran Alaf21. Termasuklah saya sendiri. Memang plan nak tambah koleksi karya teman2 novelis lain & nak gak jumpa kenalan2 yg selalu join fb.
Saya ada sediakan penanda buku kepada sesiapa yang mendapatkan karya Ayu Emelda. Terima kasih atas sokongan dan komen2 ikhlas yang diberikan selama ini.

27 January 2010
Hati Tersentuh
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia...
bila cinta tak lagi untukku...
bila hati tak lagi padaku...
mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu...
dan bila dia bahagia dirimu...
aku kan pergi meski hati tak akan rela
terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu...
Skarang tengah layan gila lagu ni. Melodi dan lirik memang sedap, menusuk ke kalbu. Tambah pula bila teringat kisah beberapa orang teman yang pernah melalui kisah yang sama; cinta tiga segi. Apa agaknya perasaan mereka bila dengar bait-bait yang mengalunkan kisah hidup mereka. Sure boleh tangkap nangis... (hanya mampu berdoa agar mereka tabah dengan ujian ini)







































