01 December 2011

Mahar Setulus Hati (Aduhai Isteri)


Alangkah bahagianya jika memiliki isteri sehebat Saidatina Khadijah atau sebijak Saidatina Siti Aisyah...

NAMUN, sebaik tangan digongcang tok kadi, bahu Emir terasa berat menggalas tanggungjawab. Menikahi Harlyna bukannya seperti jinak2 si burung merpati, tetapi bagaikan jinak2 si kucing siam ~ makan ditangan, ditangkap-kena cakar...

Doanya...
"Jika benar 'dia' dijadikan dari tulang rusuk kiriku... 
panjangkanlah hubungan kami sehingga ke Firdausi..."

Mahar Setulus Hati (Aduhai Isteri)
Part 1 ; Part 2 ; Part 3 ; Part 4 ; Part 5 ;
Part 6 ; Part 7 ; Part 8 ; Part 9 ; Part 10

Sinopsis
Antara Emir Nazreen dan Chempaka Harlina bezanya bagai langit dengan bumi. Tetapi bila jodoh sudah tertulis, tiada apa yang mampu menghalangnya. Bagi Emir, alangkah bahagianya jika dapat memiliki isteri sehebat Saidatina Khadijah atau sebijak Saidatina Siti Aisyah.
Bagi Harlina pula, hidup hanya sekali. Kehidupannya mesti dipenuhi keseronokan dan hiburan. Perkahwinan merupakan penghalang untuk dia mengecapi syurga dunia yang tiada penghujung itu. 
Lalu, pelbagai helah dicari untuk menggagalkan niat murni Emir. Tetapi, kesabaran lelaki itu memusnahkan usahanya.
Entah kenapa, sebaik tangan digoncang tok kadi, bahu Emir terasa berat mahu menggalas tanggungjawab. Menikahi Harlina bukannya seperti jinak-jinak si burung merpati, tetapi bagaikan jinak-jinak si kucing Parsi... makan di tangan. Bila ditangkap, dicakar.
"Ya ALLAH… andai aku dijadikan daripada tulang rusuk kirinya... ENGKAU panjangkanlah jodoh kami hingga ke Firdausi...”
Mampukah Emir bertahan dalam pelayaran yang penuh cabaran itu sedangkan kehidupan Harlina sudah jauh tersasar daripada landasan Islam? Adakah kesabaran Emir menjadi titik perubahan dalam hidup Harlina? Hanya DIA yang tahu.

Alaf 21
Penulis: Ayu Emelda
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-740-2

Mahar Setulus Hati @ Beli Online

Salam Sayang...
♥ Ayu Emelda ♥

10 comments:

BlueApple said...

wah!dh keluar ke ni?

Anonymous said...

mesti beli punye...nanti menanti penuh sabar...

ayuemelda said...

baru shj dipasarkan... boleh dptkan dpasaran x lama lagi... mekasih...

Bila ayu berluahan hati said...

x sabarnya nak dapatkan...hihihihi

ayu emelda said...

Dhiya Nurlisa, MSH sdg dipasarkan. hrp bersabar k?

Anonymous said...

Ayu Emelda rasanya novel ni dah ada dijual dekat Popular (dalam Disember ni)tapi dah habis kot...sebab Sayangku Merajuk dah beli waktu tu...saya nak beli cara online ja rasanya...

Zee said...

as salam kak ayu... saya baru khatam novel ni. memang mengusik jiwa, best sangat2. saya memang suka novel yang akak tulis, Kasih Dania dan Lagu Rindu. saya mula perasn URL blog akak melalui novel MSH.. apapun, tahniah!

iryssa insyirah said...

askum kak ayu..sy br ja bli novel ni last week..dh hbis bc..best sgt..suka watak emir & harlyna..watak harlyna yg degil...best sgt..

Unknown said...

mle2 bli bku ni secare x sengaja coz nk mengisi mse boring dok kt kamsis.. tp, bile da bce, rse x rugi melabur duit bli bku ni..huhu
byk sunnah yg blh diambil ikhtibar dan di jadikan teladan..
congrat kak ayu coz dpt mengarang novel yg best cm ni.. <3

Unknown said...

Still have Ka?